Director of football


Kemasukan Raul Sanllehi yang bakal memulakan tugas beliau bersama Arsenal pada Februari nanti mencetuskan sedikit persoalan mengenai tugas-tugas yang bakal dilakukan beliau di Arsenal.

Raul sebelum ini ketika bersama Barcelona merupakan ataupun memegang jawatan selaku 'Director of football'.

Difahamkan bahawa beliau bakal menjawat selaku 'head of football' bersama Arsenal yang mana beliau bakal melakukan kerja-kerja diluar padang seperti mengrekrut pemain baru serta mengendalikan urusan teknikal berkaitan pasukan (pembangunan skuad dan pemain).



Director of football juga dikenali dengan sporting director dimana tugas seseorang yang menjawat jawatan ini adalah menjadi orang perantaraan diantara kelab dan pengurus pasukan ataupun ketua jurulatih, namun sehingga kini ianya masih kabur mengenai tugas sebenar jawatan ini.

Peranan ini termasuklah urusan diluar padang dalam membantu ketua jurulatih ataupun pengurus pasukan bagi meringankan beban mereka yang tidak berkaitan dengan taktikal serta urusan diatas padang.


Secara kasarnya, jawatan ini diwujudkan bagi memudahkan kerja-kerja seorang pengurus ataupun ketua jurulatih dimana tugas mereka (pengurus/ketua jurulatih) ini hanya fokus terhadap pasukan dalam mengendalikan latihan dan taktikal dalam menghadapi perlawanan liga mahupun sesuatu kejohanan.

Erti kata lain, jawatan ini diwujudkan bagi membantu pengurus ataupun ketua jurulatih yang kurang berpengalaman atau bagi sesebuah pasukan / kelab yang mana tidak memiliki barisan pengarah (BOD) yang mencukupi.

Walaupun jawatan ini popular di Eropah dan USA namun dalam Liga Perdana Inggeris ianya masih kurang dipraktikan.

Dan dapat dilihat kini dimana Liga Perdana Inggeris melalui kelab-kelab yang bersaing, mula mempraktikan jawatan ini (mewujudkan).

Melalui jawatan ini, tugas seorang pengurus pasukan / ketua jurulatih hanya tertumpu kepada latihan dan taktikal pasukan sahaja (skop kerja semakin mengecil).

Ianya tidak akan melibatkan dalam urusan pembelian pemain atau berunding dengan mana-mana ejen mahupun pemain kerana tugas tersebut dibuat oleh 'director of football'.

Pun begitu, jawatan sebagai director of football ini begitu meluas dan bergantung kepada sesebuah kelab itu untuk menentukan tugas sebenar jawatan ini.

Antara nama dan fungsi lain bagi jawatan ini:

Figurehead (duta kelab) - jawatan yang kebiasaan-nya diberikan kepada lagenda kelab seperti Bob Paisley di Liverpool dan Matt Busby di Manchester United.

Technical director (pengarah teknikal) - jawatan yang diwujudkan bagi memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal kepada pengurus bagi mengatasi kelemahan serta mengurangkan beban seorang pengurus.

Go-between - kebiasaanya diberikan kepada bekas jurulatih dimana beliau akan membantu dalam 'scouting' dan urusan perpindahan pemain. Jawatan ini berurusan dengan lebih rapat dengan pengurus dan kelab bagi mendapatkan hasil terbaik dalam sesuatu urusan.

General manager - jawatan yang jarang sekali diberkan ataupun diwujudkan kerana tugas seseorang yang menjawat jawatan ini sangat meluas dimana tugas beliau merangkumi semua aktiviti berkaitan bola sepak termasuklah dalam menentukan barisan pemain, dasar pemindahan dan sebagainya namun tidak melibatkan soal kewangan.

Secara kasarnya, tugas Raul bersama Arsenal dapat dilihat dalam membantu Wenger mendapatkan pemain yang dikehendaki oleh beliau.

Dan ini berkait rapat dengan pasukan belakang tabir Arsenal yang sedang mengharungi fasa baru ketika ini.

Sebelum ini Arsene Wenger pernah membantah idea mewujudkan jawatan ini di Arsenal dengan menegaskan dimana selagi beliau masih menjadi pengurus Arsenal, beliau akan memastikan segala tanggungjawab dalam bidang teknikal akan diuruskan oleh beliau.

Post a Comment

Previous Post Next Post