Riyad Mahrez pilih Arsenal berbanding Liverpool

Arsenal berpeluang dapatkan bintang Leicester apabila Riyad Mahrez lebih memilih untuk bersama The Gunners berbanding Liverpool.

Pemain kebangsaan Algeria ini dibenarkan untuk berhijrah pada jendela perpindahan Januari ini.



Arsenal dilaporkan menerima kelebihan dalam mendapatkan pemain sayap Leicester City, Riyad Mahrez apabila pemain tersebut dikatakan lebih memilih untuk bersama Arsenal jika diberi peluang untuk berpindah pada jendela perpindahan ini.

Pemain berusia 26 tahun ini pernah dikaitkan dengan menyertai Arsenal namun sehingga kini masih tiada perkembangan positif mengenai gosip yang mengaitkan Mahrez bersama The Gunners.

Dalam perkembangan terkini, Express melaporkan dimana Liverpool kini mahu mendapatkan khidmat Mahrez bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Philippe Coutinho, namun Mahrez yang mempunyai kontrak bersama Leicester City sehingga Jun 2020 dikatakan lebih memilih untuk menyertai Arsenal daripada Liverpool.

Laporan akhbar itu turut mendedahkan dimana Mahrez masih berharap untuk menyertai Arsenal jika persetujuan diantara Arsenal dan Leicester City dapat dicapai pada bulan ini.
Mahrez has just bought a property in London and it remains his preference to sign for Arsenal - if a deal can be done. Sources close to the player insist, however, that no talks have been held with the Gunners. - Express 
Walaupun Mahrez dikatakan lebih memilih untuk bersama Arsenal, namun sehingga kini masih tiada tindakan yang dilakukan oleh Arsenal untuk berunding bagi mendapatkan khidmat beliau.

Dengan gosip kuat mengatakan dimana Mahrez bakal dilepaskan pada perpindahan Januari ini, pengendali Leicester, Claude Puel masih mahukan khidmat pemain tersebut kekal bersama The Foxes. 
He is a happy player. After that it is all speculation. There is no problem. I want to continue to work with my best players like Riyad. - Claude Puel
Claude Puel masih mahukan khidmat Mahrez bersama Leicester City.

Post a Comment

Previous Post Next Post