Conte Idam Alexis Sanchez


Antonio Conte idam Alexis Sanchez semenjak bersama Juventus.

Laporan Sky Sports, mendedahkan dimana pengurus Chelsea menganggap pembelian Sanchez pada Januari ini merupakan satu pembelian yang berbaloi.



"Semasa saya di Juventus lagi saya cuba untuk mendapatkan khidmat beliau di Udinese tetapi akhirnya beliau memilih untuk menyertai FC Barcelona."

"Beliau adalah pemain yang berkualiti, saya mendengar harga beliau hanya dalam linkungan 20 juta pound, itu adalah satu harga murah bagi seorang pemain seperti Alexis Sanchez. Jujur saya katakan harga sebenar beliau adalah 80-90 juta pound."  

Walaupun beliau begitu meminati Sanchez, namun ketika ditanya adakah Chelsea akan cuba mendapatkan Alexis Sanchez Januari ini, Conte hanya menegaskan dimana segala keputusan bakal dibuat oleh pihak pengurusan kelab dan beliau hanya memberikan nama-nama pemain yang diperlukan.

"Saya tidak tahu, saya hanya memberi cadangan kepada mereka (pihak pengurusan). Selebihnya mereka yang akan membuat keputusan." 

Post a Comment

Previous Post Next Post