Kekalahan Milan kepada Arsenal menyulitkan keadaan kewangan kelab Itali itu

Pertembungan AC Milan menentang Arsenal pada saingan Liga Europa banyak memberi tekanan berkaitan kewangan kelab Itali itu .

Selain berdepan ujian dan tekanan bagi melayakkan diri ke peringkat suku akhir, kemenangan serta kemaraan pasukan ini dalam saingan Liga Europa juga banyak mempengaruhi kewangan mereka.



Walaupun Gattuso berjaya memberikan keyakinan dengan prestasi semasa kelab itu yang cukup cemerlang, namun ujian pada saingan Liga Europa sebenarnya banyak mempengaruhi kewangan kelab AC Milan yang kini dimilikki oleh usahawan China, Yonghong Li.

Yonghong Li juga merupakan President kelab AC Milan setelah syarikat Rossoneri Sport Investment Lux (yang dimiliki oleh Yonghong Li) berjaya mengambil alih AC Milan pada April tahun lalu.

Yonghong Li pemilik AC Milan yang juga merupakan pengerusi kelab itu.
Namun disebalik kebangkitan AC Milan musim ini, badan bolasepak Eropah, UEFA telah menyuarakan kebimbangan mereka mengenai situasi kewangan AC Milan yang semakin rumit di bawah pemilik baharu ini.

Terdapat persoalan tentang kestabilan kewangan konsortium yang dipimpin oleh ushawan China itu setelah membeli kelab tersebut daripada Silvio Berlusconi dengan nilai €740 juta berserta hutang kelab yang berjumlah €220juta pada April lalu.

AC Milan setakat ini telah membelanjakan lebih daripada €200 juta bagi mendapatkan pemain baru pada musim panas lalu.

Juara Eropah tujuh kali ini turut mempunyai pinjaman yang perlu dibayar pada jumlah besar dan menghadapi masalah dengan sekatan 'Financial Play Fair' dengan Bank of America Merrill Lynch (BAML) diberikan mandat untuk membiayai semula hutang tersebut.

Dipercayai, AC Milan kini sedang berusaha untuk membiayai semula (refinance) lebih daripada 300 juta Euro dalam pinjaman faedah tinggi daripada syarikat pelaburan Amerika Syarikat, Elliott Management. 

Sekiranya kelab itu gagal dalam membiayai semula (refinance) pada Oktober ini, Elliott Management kemungkinan akan mengawal / mengambil alih kelab tersebut.

Namun maklumat terhad mengenai sumber kekayaan pemilik AC Milan, Yonghong Li  menyukarkan usaha kelab itu untuk melakukan proses pembiayaian semula (refinance) walaupun usahawan daripada China itu menafikan dakwaan mengenai masalah kewangan yang dihadapi beliau bulan lalu ketika mengambil alih kelab itu.



AC Milan turut diperhatikan oleh UEFA.

Badan pentadbiran bolasepak Eropah (UEFA) pada Disember lalu menolak tawaran AC Milan mengenai perjanjian sukarela untuk menyusun semula kewangan mereka dengan menyatakan 'masih terdapat ketidakpastian berhubung dengan pembiayaan semula pinjaman yang akan dibayar balik pada Oktober 2018 dan jaminan kewangan yang disediakan oleh pemegang saham utama'.

UEFA akan menilai semula kewangan Milan dalam beberapa bulan lagi dengan kemungkinan mengenakan hukuman termasuklah had ke atas perbelanjaan pemindahan, gaji pemain, dan saiz skuad (pasukan) untuk kejohanan dibawah naungan UEFA.

Sementara itu mesyuarat ahli lembaga kelab akan bersidang bagi meluluskan kenaikan modal/kewangan untuk membolehkan kelab itu 'bernafas' sehingga akhir musim ini selain menjadikan pendapatan yang dijana daripada saingan Liga Europa keutamaan mereka.

Sementara itu, Pengarah Urusan AC Milan, Marco Fassone yakin bahawa mereka mampu mengatasi masalah kewangan ini dan berjaya dalam proses rundingan pembiayaan semula (refinancing) selepas mengumumkan kerugian kelab bagi tempoh kewangan separuh pertama musim ini yang berakhir pada 31 Disember 2017.

AC Milan mencatatkan penurunan kerugian kepada 22.3 juta euro daripada 39.4 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu (2016).
"I'm very optimistic about any potential refinancing of the club's debt," - Marco Fassone.
Gattuso dan pasukan beliau dilihat mampu meringankan bebanan kewangan AC Milan dengan menewaskan Arsenal serta melayakkan diri ke pusingan suku akhir Liga Europa atau ke peringkat tertinggi yang mampu dicapai mereka selain melayakkan diri pada saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Gattuso mampu meringankan beban kewangan kelab jika mampu mara dalam saingan Europa.
Kehadiran penonton dan penyokong memenuhi San Siro (stadium) yang berkapasiti 70,000 sudah tentu sedikit sebanyak membantu kewangan mereka melalui hasil penjualan tiket.

Dan jumlah kehadiran penonton pada perlawanan malam tadi mencatatkan kehadiran penonton melebihi 72,000 orang.

Sebelum itu, AC Milan telah menewaskan AS Roma 2-0 pada pertembungan ditempat lawan dalam saingan Serie A dan mereka kini menghuni tangga keenam liga, berkongsi tempat bersama Sampdoria yang turut mengumpul jumlah mata yang sama (44 mata) hasil 26 perlawanan liga.

Mereka (AC Milan) turut melayakkan diri ke peringkat akhir Piala Itali (Italian Cup) selepas menewaskan Lazio melalui penentuan sepakan penalti.

Manakala Arsenal yang dikatakan berada didalam krisis ekoran prestasi tidak menentu kebelakangan ini turut menjadikan Liga Europa sebagai sasaran untuk membawa pulang trofi kejuaraan selain melayakkan diri pada saingan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Boleh dikatakan kedua-dua pasukan ini terdesak dalam menamatkan aksi Liga Europa di peringkat tertinggi ataupun menjuarai Liga Europa ini.



Post a Comment

Previous Post Next Post