Kemenangan Arsenal keatas AC Milan malam tadi sudah pasti menggembirakan peminat dan penyokong Arsenal.
Dua gol pada separuh masa pertama perlawanan hasil daripada jaringan Henrikh Mkhitaryan dan Aaron Ramsey menamatkan kemarau kemenangan Arsenal setelah mengalami empat kekalahan berturut-turut dalam kesemua kejohanan selain memberi bekal selesa untuk perlawanan kedua di Stadium Emirates minggu depan.Perlawanan yang menuntut kebangkitan pemain-pemain Arsenal dan mungkin bebanan yang lebih berat terhadap Mesut Ozil bagi membuktikan prestasi sebenar beliau benar-benar berbaloi dengan kontrak mewah yang baru ditandatangani beliau baru-baru ini.
Ozil menandatangani kontrak baru yang menyaksikan beliau menerima gaji tertinggi dikalangan pemain-pemain Arsenal ketika ini berjaya membuktikan bahawa beliau sememangnya layak untuk menerima tawaran tersebut dengan aksi yang memukau pada perlawanan malam tadi.
Dua bantuan gol (assists) pada perlawanan malam tadi menyaksikan pemain kebangsaan Jerman ini telah terlibat dalam 100 gol bersama Arsenal semenjak beliau berpindah daripada Real Madrid pada tahun 2013 dengan menyertai Arsenal.
Pencapaian itu juga meletakan Ozil (29 tahun) dengan rekod 63 bantuan gol serta 37 gol buat Arsenal setakat ini sebagaimana data daripada OPTA.
100 - Mesut Özil has now been directly involved in 100 goals in all competitions for Arsenal (37 goals and 63 assists). Maestro. pic.twitter.com/ZMHETXBVWi— OptaJoe (@OptaJoe) March 8, 2018
Setelah menetapkan keputusan untuk kekal bersama Arsenal hanya beberapa hari selepas jendela perpindahan Januari ditutup, penyokong berharap lebih banyak lagi yang mampu disumbangkan oleh pemain antarabangsa Jerman ini untuk musim ini dan juga musim mendatang.
Dengan tekanan tinggi yang diletakkan terhadap beliau ketika ini bagi memulihkan serta membantu Arsenal mengembalikan kegemilangan pasukan, persembahan beliau di San Siro berjaya membantu Arsenal untuk sekurang-kurangnya berada sebelah kaki ke pusingan berikutnya (suku akhir) dalam saingan Liga Europa.
Dan aksi cemerlang beliau itu membuktikan bahawa kepentingan beliau bersama Arsenal masih lagi relevan dan diperlukan.
Selain beliau, aksi Mkhitaryan juga mencuri perhatian dan kemasukan beliau kedalam skuad Arsenal musim ini juga memberi harapan baru kepada peminat dan penyokong Arsenal.
Selain beliau, aksi Mkhitaryan juga mencuri perhatian dan kemasukan beliau kedalam skuad Arsenal musim ini juga memberi harapan baru kepada peminat dan penyokong Arsenal.
Data OPTA yang lain mengenai perlawanan ini:
7 - Seven of Henrikh Mkhitaryan's last nine goals in all competitions have been scored in European fixtures (six in the Europa League and one in the Champions League). Platform. pic.twitter.com/IuWluioql1— OptaJoe (@OptaJoe) March 8, 2018
15 - Since the start of the 2015/16 campaign, Henrikh Mkhitaryan has been directly involved in more goals than any other midfielder in the Europa League (15 - nine goals and six assists). Composed. pic.twitter.com/V08y0tTTiN— OptaJoe (@OptaJoe) March 8, 2018
1 - Arsenal are the first side to beat AC Milan at the San Siro in the Europa League/UEFA Cup since February 2002 (0-1 v Roda JC) – the Italians had gone 10 games without losing between these defeats. Optimism. pic.twitter.com/FefVTG7fuQ— OptaJoe (@OptaJoe) March 8, 2018
13 - Arsenal’s victory ended a run of 13 games without defeat for AC Milan in all competitions, with the Italian side's previous loss before this coming back in December 2017 (v Atalanta in Serie A). Scalp. pic.twitter.com/uKjIvE0Gxm— OptaJoe (@OptaJoe) March 8, 2018