![]() |
Dembele jaringkan gol menarik bantu Perancis tewaskan Itali. Kredit foto : Fear The Wall |
Pemain Barcelona yang dikaitkan dengan perpindahan menyertai Arsenal, Ousmane Dembele jaringkan gol menarik dalam aksi persahabatan di Nice menentang Itali.
Selain menjaringkan gol yang menarik, beliau turut melakukan beberapa percubaan yang dianggap menarik ketika membantu Perancis menewaskan Itali dengan keputusan 3-1 di Allianz Riviera.
Samuel Umtiti, bek tengah Barcelona terlebih dahulu menjaringan gol buat Perancis selepas lapan minit permainan dimulakan apabila berjaya menyempurnakan peluang terhidang selepas penjaga gol Itali, Salvatore Sirigu menyelamatkan percubaan Kylian Mbappe.
Samuel Umtiti goal— FootballClanTV (@Footballclantv) June 1, 2018
France 1 vs Italy. (01/06/2018) friendly match #FRAITA #CôtéFoot #football #WorldCup2018 pic.twitter.com/JANp1DgQaS
Antoine Griezmann menambah jaringan Perancis pada minit ke-29 selepas menyempurnakan sepakan penalti ekoran Lucas Hernandez dikasari Rolando Mandragora untuk kedudukan Perancis mendahului Itali 2-0.
Griezmann goal— FootballClanTV (@Footballclantv) June 1, 2018
France 2 vs Italy 0 . (01/06/2018) friendly match #FRAITA #CôtéFoot #football #WorldCup2018 pic.twitter.com/hagBa46DyN
Namun Itali berjaya merapatkan jurang tujuh minit selepas gol kedua Perancis itu dijaringkan apabila Leonardo Bonucci membuat tindakan susulan selepas bola hasil sepakan percuma Mario Balotelli gagal ditampan dengan baik oleh penjaga gol Perancis, Hugo Lloris.
Bonucci goal— FootballClanTV (@Footballclantv) June 1, 2018
France 2 vs Italy 1 . (01/06/2018) friendly match #FRAITA #CôtéFoot #football #WorldCup2018 #italy pic.twitter.com/DUluTVT0BP
Bersambung ke babak kedua perlawanan, Dembele melakukan satu percubaan yang menarik namun ianya sekadar menggegarkan palang gol Itali selepas berjaya menewaskan dua pertahanan lawan.
— BarcaUniversal Comps (@BarcaRaw) June 1, 2018
GOL MENARIK DEMBELE
Namun penyerang Barcelona itu mengesahkan kemenangan Perancis pada minit ke-63 dengan sepakan lencong ke sudut gawang yang dilihat begitu menarik sekali untuk gol ketiga Perancis.Ousmane Dembele Amazing Goal vs Italy friendly 01/06/2018#franceitaly #FRAITA #france #italia #bonucci #griezmann #samuelumtit #dembele #ousmanedembele pic.twitter.com/c12aMYltRE— Gizmo (@Gizmofilmz) June 1, 2018
“Ada banyak perkara yang menggembirakan saya selain daripada tiga gol berkenaan,” kata pengendali Perancis, Didier Deschamps.
“Keputusannya mungkin lebih besar. Jika kami lebih tajam, mungkin kami dapat bertenang lebih awal. Kami tidak akan cepat berpuas hati, masih ada fasa kedua persiapan menanti kami.”
Skuad kebangsaan Perancis bakal berdepan satu lagi perlawanan persahabatan sebelum memulakan aksi kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia apabila dijadualkan menentang Amerika Syarikat pada 9 Jun nanti (perlawanan terakhir persahabatan).
Skuad kebangsaan Perancis bakal berdepan satu lagi perlawanan persahabatan sebelum memulakan aksi kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia apabila dijadualkan menentang Amerika Syarikat pada 9 Jun nanti (perlawanan terakhir persahabatan).