![]() |
Skuad U21 England menamatkan saingan peringkat kumpulan ditangga ke-2 Kumpulan A. Kredit foto: Sky Sports |
Peluang skuad U21 England untuk mara ke peringkat separuh akhir kejohanan ataupun Festival Toulon 2018 kini bergantung kepada keputusan dan kedudukan kumpulan B.
Skuad U21 England menamatkan saingan peringkat kumpulan ditangga ke-2 kumpulan A selepas mencatatkan kemenangan bergaya 4-0 keatas Qatar pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Nketiah satu-satunya pemain Arsenal yang mewakili skuad 22 pemain England Bawah 21 Tahun pada kejohanan ini bagaimanapun masih gagal untuk mencatat nama selaku penjaring gol.
Perlawanan Pertama : England 2-1 China
![]() |
Nketiah hanya berada dibangku simpanan pada perlawanan pertama peringkat kumpulan. |
Perlawanan Kedua : Mexico 0-0 England
![]() |
Nketiah bermula dalam kesebelasan utama U21 England namun dikeluarkan pada minit ke-72. |
Perlawanan Ketiga : England 4-0 Qatar
![]() |
Nketiah beraksi penuh (90 minit) bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan. |
Dengan menamatkan saingan peringat kumpulan ditangga ke-2, peluang U21 England untuk mara ke peringkat separuh akhir kini bergantung kepada keputusan dan kedudukan perlawanan bagi Kumpulan B.
Festival Toulon (baca sejarah disini : Sejarah Kehebatan Festival Toulon) menampilkan 12 pasukan yang dipecahkan kepada tiga kumpulan (empat pasukan setiap kumpulan) dengan juara kumpulan layak ke peringkat separuh akhir.
Manakala satu lagi tempat bakal diisi oleh pasukan terbaik dikedudukan kedua peringkat kumpulan.
KUMPULAN A
Pos | Team | P | M | S | K | J | B | +/- | Mata | Kelayakan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Mexico (Layak) | 3 | 2 | 1 | 0 | 7 | 2 | +5 | 7 | Layak ke separuh akhir |
2 | England | 3 | 2 | 1 | 0 | 6 | 1 | +5 | 7 | Berpeluang ke separuh akhir |
3 | China | 3 | 0 | 1 | 2 | 3 | 6 | −3 | 1 | |
4 | Qatar | 3 | 0 | 1 | 2 | 2 | 9 | −7 | 1 |
KUMPULAN B
Pos | Team | P | M | S | K | J | B | +/- | Mata | Kelayakan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Togo | 2 | 1 | 1 | 0 | 3 | 2 | +1 | 4 | Layak ke separuh akhir |
2 | Scotland | 2 | 1 | 1 | 0 | 2 | 1 | +1 | 4 | Berpeluang ke separuh akhir |
3 | Perancis | 2 | 1 | 0 | 1 | 4 | 2 | +2 | 3 | |
4 | Korea Selatan | 2 | 0 | 0 | 2 | 2 | 6 | −4 | 0 |
Togo bakal berdepan Perancis manakala Korea Selatan bakal berdepan Scotland pada perlawanan terakhir yang dijadualkan berlangsung malam ini.
Scotland perlu mencatat kemenangan besar bagi mencari perbezaan jaringan dan bolos untuk menyingkirkan England sebelum layak ke peringkat separuh selaku pasukan ditangga kedua terbaik peringkat kumpulan.
Begitu juga dengan nasib Togo yang perlu mencari kemenangan dan perbezaan gol yang besar bagi menjamin tempat ke peringkat seterusnya.
Begitu juga dengan nasib Togo yang perlu mencari kemenangan dan perbezaan gol yang besar bagi menjamin tempat ke peringkat seterusnya.
KUMPULAN C
Pos | Team | P | M | S | K | J | B | +/- | Mata | Kelayakan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Canada | 2 | 1 | 1 | 0 | 1 | 0 | +1 | 4 | Layak ke separuh akhir |
2 | Jepun | 2 | 1 | 0 | 1 | 4 | 4 | 0 | 3 | |
3 | Turki | 2 | 1 | 0 | 1 | 2 | 2 | 0 | 3 | |
4 | Portugal | 2 | 0 | 1 | 1 | 2 | 3 | −1 | 1 |
Kumpulan C menyaksikan hanya Juara Kumpulan sahaja berpeluang untuk mara ke peringkat Separuh Akhir apabila perlawanan terakhir peringkat kumpulan ini menemukan Canada menentang Jepun dan Turki menentang Portugal.
Senarai 22 Pemain Skuad U21 England
Bil. | Nama Pemain | Kelab di wakili |
---|---|---|
1 | WOODMAN Freddie | Newcastle United |
2 | KENNY Jonjoe | Everton |
3 | WALKER-PETERS Kyle | Tottenham Hotspur |
4 | COOK Lewis | Bournemouth AFC |
5 | FRY Dael | Middlesbrough |
6 | TOMORI Fikayo | Chelsea |
7 | DOWELL Kieran | Everton |
8 | DAVIES Thomas | Everton |
9 | ABRAHAM Tammy | Chelsea |
10 | VIEIRA Ronaldo | Leeds United |
11 | ARMSTRONG Adam | Newcastle United |
12 | CLARK-SALTER Jake | Chesea |
13 | RAMSDALE Aaron | Bournemouth AFC |
14 | DASILVA Jay | Chelsea |
15 | KONSA Ezri | Charlton Athletic |
16 | CHOUDHURY Hamza | Leicester City |
17 | EJARIA Oviemuno | Liverpool |
18 | PEARCE Tom | Leeds United |
19 | NKETIAH Edward | Arsenal |
20 | NMECHA Lukas | Manchester City |
21 | CLARKE-SALTER Jake | Chelsea |
22 | CONNOLLY Callum | Everton |