Falsafah bolasepak dan taktikal Unai Emery - Penutup dan Rumusan

Mampukah Emery mengembalikan kegemilangan Arsenal dan membawa kejayaan 'segera' bersama Arsenal musim depan?


Dengan Arsenal telah melakukan beberapa perubahan terutamanya pada struktur dalaman dan organisasi kelab, difahamkan pengendali baru Arsenal, Unai Emery tidak akan terlibat dalam urusan pembelian pemain baru dan urusan tersebut bakal dilakukan oleh Sanllehi bersama Mistlintat serta dibantu Gazidis.

Kedudukan ataupun struktur ini tidak banyak mengganggu urusan beliau memandangkan situasi sama turut dialami ketika berada di PSG dimana beliau juga bertindak selaku Ketua Jurulatih dengan urusan perpindahan dan pembelian pemain diuruskan oleh Pengarah Sukan kelab PSG, Antero Henrique.
Pengarah Sukan kelab PSG, Antero Henrique (kanan) bersama Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi (kiri). Kredit foto :360Nobs
Dan persoalan paling menarik yang menjadi perbualan dikalangan peminat dan penyokong Arsenal ketika ini, sudah tentu mengenai kemapuan pengendali Sepanyol itu dalam membentuk dan membimbing Arsenal musim depan.

Mampukah beliau mencipta kejutan? Ataupun mampukah beliau sekurang-kurangnya membawa Arsenal bersaing di Liga Juara-Juara Eropah musim depan?


Mampu ke Emery pulihkan Arsenal?
Dari segi pemahaman penulis berdasarkan taktikal dan formasi yang digunakan beliau dalam dua pasukan terakhir kendalian beliau serta analisis mengenai falsafah bolasepak yang telah dihuraikan sebelum ini, boleh dikatakan bahawa beliau akan menggunakan formasi asas 4-2-3-1 bersama pemain-pemain sedia ada Arsenal ketika ini (untuk musim depan - 2018/19).

Gambar sekadar hiasan.
Berdasarkan analisis yang dikeluarkan sebelum ini, Emery yang mementingkan penguasaan (possession) dan tekanan (pressing) serta penguasaan pada bahagian tengah pasukan, boleh dikatakan dengan pemain sedia ada Arsenal ketika ini, Ramsey, Xhaka, Monreal dan Aubameyang bakal digunakan sebaiknya oleh Emery.

Gandingan Ramsey bersama Xhaka akan berada didepan barisan pertahanan yang bakal menjadi nadi pasukan Arsenal musim depan.

Gandingan Ramsey bersama Xhaka bakal menjadi nadi pasukan Arsenal musim depan.
Kedua-dua pemain ini bakal menentukan corak serangan dan juga ketika bertahan Arsenal.

Manakala Ozil mungkin kembali kepada posisi no.10 (attacking midfielder center) dengan Mkhitaryan dan Aubameyang disisi beliau membantu Lacazette (merujuk gambar i dibawah).

Dan mungkin posisi Aubameyang dan Lacazette akan bertukar kerana kedua-dua pemain ini mampu beraksi pada kedua-dua posisi tersebut dan ini memberikan kelebihan buat Emery dalam fleksibiliti serangan Arsenal.

Cuma Ozil mungkin diberikan tugasan tambahan dalam situasi bertahan yang memerlukan beliau lebih turun ke bawah membantu barisan tengah dan pertahanan.

Dari segi serangan, tidak dapat dinafikan Ozil mampu memberi sumbangan kepada pasukan begitu juga dengan Aubameyang yang mungkin dikerahkan Emery untuk membantu jentera tengah dengan kepantasan yang dimiliki itu.

Boleh dikatakan pada jentera serangan Arsenal tidaklah terlalu merisaukan Emery dalam membentuk pasukan musim depan.

Dengan beberapa pemain yang masih boleh digunakan Emery seperti Alex Iwobi, Danny Welbeck dan Ainsley Maitland-Niles.

Cuma posisi penjaga gol dan barisan pertahanan sahaja yang menjadi persoalan ketika ini.
Petr Cech dijangka masih menjadi penjaga gol utama Arsenal musim depan.
Walaupun Cech bukan lagi seorang penjaga gol yang kita semua harapkan untuk berada didalam kesebelasan utama Arsenal musim depan, namun dengan calon pengganti beliau ketika ini tidak begitu hangat diperkatakan (gosip perpindahan), kemungkinan untuk melihat beliau menggalas tugas utama ini masih kekal.

Mungkin beliau hanya akan digantikan pada musim depan ataupun mungkin pada jendela perpidahan Januari 2019 (jika ada).

(gambar i) Barisan kemungkinan kesebelasan utama Arsenal dibawah kendalian Emery dengan menggunakan pemain sedia ada.
Manakala jika mengambil kira pemain-pemain yang hampir pasti menyertai Arsenal (berdasarkan gosip perpindahan sekarang, mungkin kita bakal menyaksikan pemain-pemain baru seperti dibawah (gambar ii dibawah) dengan masih mengekalkan ataupun mengunakan formasi asas 4-2-3-1.

Kemasukan pemain pertahanan baru.

PERTAHANAN: Stephan Lichtsteiner, Shkodran Mustafi, Sokratis Papastathopoulos, Nacho Monreal.

Dengan rumor terkini yang hampir pasti buat dua pemain pertahanan iaitu Lichtsteiner dan Papastathopoulos menyertai Arsenal, sudah pasti kita semua mengharapkan gandingan baru dibentuk dan diturunkan dalam kesebelasan utama Arsenal musim depan.

Kecederaan yang dialami oleh Koscielny mungkin memberi peluang kepada Papastathopoulos untuk menjadi pemain pilihan dan mungkin digandingan bersama Mustafi pada pertahanan tengah (pengalaman kedua-dua pemain) sebelum pemain-pemain muda seperti Chambers dan Holding diberi peluang.

Ataupun jika terdapat pengambilan pemain-pemain baru (namun sukar untuk mempercayai Arsenal bakal mengambil pemain pertahanan baru lebih dari dua orang bagi jendela perpindahan ini).

Manakala Lichtsteiner pula mungkin diberi peluang awal untuk diturunkan dengan Bellerin juga pasti memberi saingan (merebut posisi) pada posisi pertahanan kanan.

Pada pertahanan kiri, Monreal masih dilihat relevan ketika ini dan jika pemain itu gagal menunjukkan prestasi yang memuaskan, Emery masih mempunyai Kolasinac untuk mengisi posisi tersebut.

(gambar ii) Formasi Arsenal musim depan dengan kemasukan pemain pertahanan baru (jangkaan).
Teruja..? Tidak sabar..?

Pasti menarik taktikal yang bakal dipersembahkan Emery bersama Arsenal nanti dan juga penulis sendiri tidak sabar menantikan perlawanan pertama kompetitif Arsenal musim depan dibawah kendalian Emery.

Post a Comment

Previous Post Next Post