Adakah Arsenal benar-benar mahukan Mehdi Benatia? Kredit foto : Moroccan ladies |
Nama Mehdi Benatia secara tiba-tiba muncul dan dikaitkan dengan Arsenal pada jendela perpindahan kali ini setelah Unai Emery sah menjadi pengendali baharu Arsenal.
Semalam kami telah mengulas mengenai laporan yang mengatakan bahawa Mehdi Benatia menjadi sasaran Arsenal berdasarkan sumber dari Maghribi, Le360 dan hari ini gosip perpindahan ini turut mendapat perhatian media Itali, Corriere dello Sport.
Petikan akhbar Corriere dello Sport |
Bagaimanapun, laporan media Itali itu percaya bahawa Marseille mempunyai kelebihan dalam mendapatkan pemain tersebut dan menjadi destinasi pilihan Benatia berbanding Arsenal walaupun media tersebut turut melaporkan mengenai minat Arsenal untuk mendapatkan pemain itu.
Benatia, 31 tahun sebelum menyertai Juventus pada Julai 2016, beliau pernah beraksi bersama AS Roma dibawah kendalian Rudi Garcia pada tahun 2013.
Musim | Kelab | Penampilan | Gol | Bantuan Gol |
---|---|---|---|---|
2006 - 07 | Tours FC | 30 | - | - |
2007 - 08 | FC Lorient | 1 | - | - |
2008 - 09 | Clermont Foot Auvergne 63 | 60 | 2 | 2 |
2009 - 10 | ||||
2010 - 11 | Udinese Calcio | 97 | 7 | 1 |
2011 - 12 | ||||
2012 - 13 | ||||
2013 - 14 | AS Roma | 37 | 5 | - |
2014 - 15 | Bayern Munich | 46 | 3 | 3 |
2015 - 16 | ||||
2016 - 17 | Juventus FC | 53 | 5 | - |
2017 - 18 |
Dengan Rudi Garcia kini membimbing Marseille, kelab Perancis itu mempunyai kelebihan untuk mendapatkan Benatia memandangkan pemain Maghribi ini merupakan peminat kepada pengendali Marseille itu yang pernah melatih beliau ketika di AS Roma.
Perkembangan Arsenal dalam mendapatkan Sokratis Papastathopoulos ketika ini dilihat sesuatu yang begitu pasti dan hampir terjadi buat pemain pertahanan Dortmund itu menyertai Arsenal musim depan sekaligus bakal menamatkan spekulasi Mehdi Benatia menyertai Arsenal.
Dan penulis merasakan bahawa Arsenal mungkin berminat untuk mendapatkan Benatia namun ianya mungkin menjadi pilihan 'back-up plan' sekiranya gagal dalam mendapatkan pemain pertahanan tengah Borussia Dortmund, Sokratis Papastathopoulos.
Rekod perbandingan bagi musim 2017/18
Sokratis | vs | Benatia |
---|---|---|
27 | Jumlah Penampilan | 20 |
2 | Jumlah Gol | 2 |
50% | Ketepatan percubaan | 31% |
5 | Peluang dicipta | 1 |
87% | Purata ketepatan hantaran | 90% |
58% | Purata menang 'duel' | 49% |
5 | Purata defensive action | 7 |
0 | Defensive Error | 1 |
Data diperolehi daripada laman Squawka.
Jika mengambil data pemain berdasarkan FIFA 18 Ultimate Team, rekod perbandingan kedua-dua pemain pertahanan ini adalah seperti berikut:
Data Sokratis Papastathopoulos |
Data Mehdi Benatia |
Bagi penulis, jelas mendapatkan Sokratis Papastathopoulos (29 tahun) lebih berbaloi berbanding Mehdi Benatia (31 tahun).
Serta nilai Mehdi Benatia yang dianggarkan sekitar €25-30 juta (£22 juta), jauh lebih tinggi berbanding Sokratis Papastathopoulos yang bakal melengkapkan perpindahan menyertai Arsenal dengan nilai yang dianggarkan sekitar £15-16 juta sahaja.