Brazil juara Copa America 2019

BRAZIL muncul juara  Copa America 2019 setelah menewaskan Peru 3-1, pagi tadi.


Walaupun beraksi dengan 10 pemain dalam tempoh 20 minit terakhir permainan namun ianya tidak menghalang Brazil daripada merangkul kejuaraan Copa America buat kali kesembilan selepas menewaskan Peru 3-1.

Gabriel Jesus meledak jaringan kedua Brazil pada minit ke-45 dan mencipta gerakan untuk gol pembukaan yang disempurnakan Everton di minit ke-15 sebelum dibuang padang pada minit ke-70.

Biarpun beraksi dengan kekurangan pemain, tuan rumah masih mampu menambah jaringan menerusi sepakan penalti Richarlison pada minit terakhir permainan.

Gol tunggal Peru pula disempurnakan ketua pasukan, Paolo Guerrero menerusi sepakan penalti pada minit ke-44.

Ini adalah kejuaraan Copa America pertama Brazil sejak kali terakhir muncul juara pada 2007 di Venezuela.

Kemenangan di depan penonton sendiri di Stadium Maracana mengulangi detik gemilang skuad bola sepak Brazil ketika memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2016 di venue yang sama.

REKOD KEJUARAAN
Jumlah Juara Negara
15 Uruguay
14 Argentina
9 Brazil
2 Chile
Paraguay
Peru
1 Bolivia
Colombia

Brazil hanya dibolosi sekali sepanjang kempen kejohanan untuk menambah koleksi kejuaraan yang sebelum ini dimenangi pada 1919, 1922, 1949, 1989, 1997, 1999, 2004 dan 2007.

HIGHLIGHT PERLAWANAN

Post a Comment

Previous Post Next Post