Fenerbahce mahukan Ozil dan kini pemain perancang Arsenal itu menjadi trending tertinggi

KELAB Turki berminat membawa Mesut Ozil menyertai mereka musim depan.



Menurut Fanatik, Fenerbahce telah membuat rancangan untuk menandatangani Mesut Ozil pada musim panas ini dan bersedia untuk melaksanakan agenda itu.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pihak Turki telah dikaitkan langkah perpindahan  untuk menandatangani bintang Arsenal dan laporan di negara itu juga telah menyarankan bahawa kelab itu semakin yakin untuk mendapatkan Ozil.

Mengikut laporan Fanatik, Fenerbahce bersedia membayar €9 juta setahun kepada Ozil manakala Arsenal pula hendaklah membayar baki gaji sebanyak €6 juta kepada pemain tersebut (Ozil menerima €15 juta semusim bersama Arsenal sebagaimana laporan tersebut).

Namun perpindahan tersebut bukanlah satu pembelian (perpindahan tetap), sebaliknya ianya adalah sebagai pinjaman selama semusim.

Malah Presiden Fenerbahce, Ali Koc dikatakan sangat berminat untuk menandatangani Ozil dan beliau dilaporkan bercakap dengan beberapa penaja utama untuk membiayai perpindahan pemain berusia 30 tahun itu.




Perkembangan ini membuatkan peminat dan penyokong Fenerbahce mula teruja dan  hashtag #FenerSeniBekliyorMesut dan #KalkınMesutÖzilGeliyor mula menjadi trending dilaman Twitter (negara Turki).

Post a Comment

Previous Post Next Post