Arsene Wenger menggesa Mesut Ozil supaya menjadi Dennis Bergkamp.

Arsene Wenger menggesa Mesut Ozil untuk mengikuti jejak Dennis Bergkamp dan menjadi legenda Arsenal.

Gesaan itu timbul ekoran usaha Wenger untuk menyakinkan Mesut Ozil supaya kekal bersama Arsenal setelah ditawarkan kontrak baru £ 200,000 seminggu.

Pemain tengah Jerman, Mesut Ozil sedang berunding mengenai kontrak baru beliau bersama Arsenal dan ditawarkan kontrak baru untuk tempoh empat tahun dan bernilai sekitar £ 200,000 seminggu.

Tawaran ini dilihat mampu untuk mengekalkan Ozil dan Ketua Executive Arsenal dilihat yakin dengan pemain berusia 28 tahun itu akan menandatangani seterusnya kekal bersama Arsenal.

Ozil yang menyertai Arsenal pada tahun 2013 dengan nilai perpindahan yang menjadi rekod Arsenal (perpindah termahal) sebanyak  £ 42juta memulakan karier bersama Arsenal dengan perlahan, namun kini beliau dilihat secara kosisten telah mampu menyesuaikan diri di Emirates. Terbaru persembahan beliau dilihat begitu menakjubkan dan ini dilihat sebagai proses perkembangan yang positif buat pemain itu.



Karier Ozil di Arsenal mempunyai persamaan dengan Bergkamp, yang dilihat mengalami kesukaran pada permulaan bersama Arsenal namun kemudian nya berjaya menjadi salah seorang pemain terhebat di Gunners. Bergkamp bermain selama 11 tahun bersama Arsenal.

Kenyataan itu menurut Wenger hanya akan menjadi realiti sekiranya Ozil kekal bersama Arsenal dengan menandatangi kontrak baru.

'Ada persamaan (dalam kerjaya Bergkamp dan Ozil), "kata Wenger.

Terdapat persamaan antara Ozil dan Bergkamp menurut Wenger.
'Bolehkah Ozil menjadi legenda Arsenal seperti Bergkamp? Saya fikir begitu, jika dia komited. Dennis Bergkamp komited terhadap kelab untuk tempoh yang lama, beliau bermain sehingga beliau berusia 38 tahun. 

Saya berharap kita mampu mempunyai Ozil untuk tempoh 10 tahun lagi. Untuk menjadi legenda di kelab, anda perlu untuk kekal lama. Jika anda tinggal sekadar dua tahun anda tidak akan menjadi legenda. '

Wenger percaya kehidupan peribadi Ozil yang mana beliau sudah mampu menangani nya secara matang mampu mencetuskan peningkatan permainan Ozil buat masa akan datang.

Pengurus itu berkata: "Bagi saya seolah-olah dia (Ozil) lebih bahagia dan saya percaya akan lebih banyak "yang keluar" dalam persembahan beliau. Beliau sangat komited sekarang dan dia berada di umur dimana dia lebih matang."

'Perbezaan hari ini adalah dia lebih tertumpu kepada kecekapan. Apabila dia tiba di sini dia lebih tertumpu kepada bermain. Dan hari ini hanya kecekapan yang bermain didalam fikirannya.

'Saya yakin bahawa dia mempunyai banyak "bakat terpendam" untuk menjaringkan gol. Beliau lebih tertumpu kepada memberi (assist) dan mencari (create chances) tetapi hari ini dia memahami bahawa dia juga mempunyai kualiti itu. 

Dalam latihan saya perhatikan dia seorang finisher yang sangat baik.

'Beliau kini menyedari bahawa beliau sangat tenang dan anda menyedari semua finishers adalah mempunyai naluri "membunuh". Ini bermakna mereka (finisher) menjaga perasaan gemuruh mereka di depan gol dan dia (Ozil ) mempunyai itu. '

Post a Comment

Previous Post Next Post