Perubahan formasi Spurs


Mauricio Pochettino berjaya dalam pertukaran taktikal baru beliau dengan menggunakan 3  pemain pertahanan. Walaupun tanpa penyerang ( Harry Kane) yang belum 100% cergas dan ketiadaan Dele Ali,Spurs berjaya mengikat Arsenal dan memperolehi satu mata berharga selepas berjaya dengan formasi  3-4-3  selepas kali pertama menggunakan formasi ini ketika menewaskan Watford 2-1 Disember lalu.




Spurs membuat percaturan dengan menolak wing-back Danny Rose dan Kyle Walker naik ke atas untuk menutup dan mengawal pergerakan Hector Bellerin dan Nacho Monreal sementara trio tengah mereka Moussa Dembele, Victor Wanyama dan Christian Eriksen mengawal dibahagian tengah dengan menyaksikan 3 lawan 3 pemain tengah kedua - dua pasukan.


Pertukaran taktik ini banyak mengganggu build-up permainan Arsenal dan ini kemudian nya diakui oleh Theo Walcott yang perubahan taktikal Spurs ini mengejutkan mereka (Arsenal). Bahagian pertahanan Spurs berjaya mengawal dengan baik pada pertahanan mereka dan penyerang mereka (Spurs) pula berjaya mengucar-kacirkan bahagian pertahanan Arsenal.

Statistik serangan Spurs.

Walau bagaimanapun, serangan Arsenal melalui Alexis Sánchez dan Walcott serta Iwobi masih mampu menembusi bahagian pertahanan Spurs dengan serangan pantas yang mampu memecah barisan pertahan Spurs.

Arsenal tidak bernasib baik apabila gagal menjaringkan gol dengan menyaksikan percubaan Theo Walcott sekadar terkena palang/tiang gawang Spurs begitu juga dengan percubaan daripada Ozil dan Iwobi yang gagal disudahi dengan baik.

Statistik serangan Arsenal.
Serangan Arsenal juga banyak digagalkan dengan perangkap offside Spurs yang menyaksikan 7 serangan Arsenal berjaya diperangkap oleh pertahanan Spurs.

Serangan Arsenal | Spurs berjaya mematahkan serangan Arsenal.
Gol skuad The Gunners hadir daripada sepakan percuma Ozil yang menyaksikan pertahanan Spurs, Kevin Wimmer menanduk masuk bola ke gawang sendiri manakala gol Spurs pula hadir melalui sepakan penalti yang disudahkan dengan baik oleh Harry Kane setelah Koscielny mengasari Dembele didalam kawasan penalti.

Statistik perlawanan.
Kegagalan Arsenal menewaskan Spurs ini menyaksikan Arsene Wenger kekal dengan rekod tanpa kemenangan dalam 5 perlawanan terakhir "derby"  beliau menentang Spurs.

Post a Comment

Previous Post Next Post