Apa kata Sanchez - North London Derby.


Arsenal akan memberikan segala-galanya untuk mengalahkan Tottenham 'pesaing besar', sumpah Sanchez dalam pertembungan Derby - North London petang nanti (waktu Malaysia).

Selepas dua kali seri pada pertembungan musim lalu, Alexis Sanchez begitu terjua untuk memperolehi mata maksimum dari North London Derby pada malam ini menentang Tottenham.

Penyerang Arsenal, Alexis Sanchez telah berjanji kepada peminat bahawa mereka akan memberikan segala-galanya untuk mendapat lebih daripada satu mata dalam menentang "musuh besar" Tottenham malam nanti.

Arsenal yang menjadi tuan rumah bagi menghadapi Spurs di Emirates Stadium
memburu rekod cemerlang mereka bagi melebarkan rekod kemenangan mereka yang menyaksikan mereka memenangi 10 daripada 11 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Musim lalu dalam Liga Perdana Inggeris  kedua-dua pertembungan menyaksikan mereka sekadar seri, namun Sanchez terdesak untuk meraih tiga mata di Emirates Stadium untuk memuaskan tuntutan penyokong Arsenal.


Keputusan pertembungan kedua pasukan musim lalu.

Sat 05 MarTottenham 2 - 2ArsenalPremier League  
Sun 08 NovArsenal1 - 1Tottenham Premier League  
Wed 23 SepTottenham H.1 - 2ArsenalLeague Cup  




Janji Sanchez.

"Perlawanan nanti ibarat segala-galanya," katanya kepada pemain Arsenal.
"Ia akan menjadi perlawanan yang berintensiti tinggi dengan banyak hiruk-piruk".

"Saya telah banyak bermain bersama mereka tetapi buat kali ini, pertama kali saya tidak tahu apa yang berlaku. Mereka memberitahu saya bahawa saya perlu bermula dengan kuat, dan saya masih ingat saya dikeluar awal tetapi saya berkata serta memberitahu diri saya sendiri bahawa ianya tidak akan berlaku lagi".

"Ia adalah satu perlawanan yang mereka (penyokong) mahu melihat kita memenangi perlawanan ini dengan apa cara sekali pun. Mereka (Tottenham) merupakan saingan terbesar kami. Saya serta rakan sepasukan yang lain akan memberikan yang terbaik dan segala-galanya di atas padang nanti".

"Para peminat Arsenal adalah penyokong yang amat menakjubkan dan ini memberi dorongan kepada saya dan benar-benar membantu saya untuk memberikan prestasi yang baik dan mahu memberikan mereka sesuatu untuk diraikan."

Arsenal yang berkongsi mata dengan dengan Liverpool berada ditangga 3 (Arsenal) dan 4 (Liverpool) yang masih kekurangan satu perlawanan. Dengan Manchester City hanya mampu seri menetang Middlesbrough (1-1), peluang kedua-dua pasukan ini untuk menerajui liga semakin cerah.
"Kami cuba untuk memenangi setiap perlawanan dan kami mempunyai banyak cita-cita," kata pemain antarabangsa Chile ini.

"Saya fikir semua pasukan adalah pencabar kami namun Tottenham adalah pasukan yang sukar buat kami bagitu kerana mereka adalah merupkan "rival" kami yang terkuat"

"Tidak ada perlawanan yang mudah dalam Liga Perdana. Anda boleh kalah kepada pasukan bawahan dan itulah keindahan Liga Perdana".



Post a Comment

Previous Post Next Post