Arsenal juara walaupun tewas.


Arsenal muncul juara Emirates Cup untuk kali kelima walaupun tewas 1-2 kepada Sevilla.

Kedua-dua pasukan menamatkan kejohanan ini dengan masing-masing mengumpul sembilan mata namun Arsenal dinobatkan selaku juara kerana memiliki jumlah jaringan gol yang lebih besar berbanding Sevilla.


Alexandre Lacazette berjaya menjaringkan gol penyamaan setelah berjaya menyudahkan gerakan cantik daripada Alex Oxlaide-Chamberlain pada minit ke-62.
Sevilla sebelum itu berjaya mendahului perlawanan pada minit ke-49 setelah Correa berjaya menjaringkan gol sebelum Lacazette berjaya menyamakan kedudukan.

N'Zonzi akhirnya berjaya menyudahkan hantaran Correa untuk menewaskan Cech pada minit ke-69 sekaligus jaringan kemenangan buat Sevilla.



Tamat perlawanan, Arsenal 1-2 Sevilla.

Arsenal dinobatkan selaku juara edisi ke sembilan walaupun tewas kepada Sevilla berdasarkan gol yang dijaringkan walaupun kedua-dua pasukan mengumpul mata yang sama (sembilan mata).

Mata dikira berdasarkan :
➧ Menang : 3 mata.
➧ Seri : 1 mata.
➧ Kalah : 0 mata.
➧ Dan jumlah jaringan yang berjaya direkodkan ( satu mata untuk setiap gol yang dijaringkan).

Rank Team GP W D L GF GA GD Pts
1 Arsenal 2 1 0 1 6 4 +2 9
2 Sevilla 2 2 0 0 3 1 +2 9
3 RB Leipzig 2 1 0 1 2 1 +1 5
4 Benfica 2 0 0 2 2 7 -5 2

Kemenangan ini menyaksikan Arsenal berjaya mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada edisi lalu (2015) dan menjadikan kejuaraan kelima kejohanan ini.

Juara-Juara Emirates Cup
Edisi Year Juara Naib Juara Ketiga Keempat
1 2007 Arsenal Paris Saint-Germain Valencia Inter Milan
2 2008 Hamburg Real Madrid Arsenal Juventus
3 2009 Arsenal Rangers Atlético Madrid Paris Saint-Germain
4 2010 Arsenal Lyon Celtic Milan
5 2011 New York Red Bulls Paris Saint-Germain Arsenal Boca Juniors
6 2013 Galatasaray Porto Arsenal Napoli
7 2014 Valencia Arsenal Monaco Benfica
8 2015 Arsenal Villarreal Wolfsburg Lyon
9 2017 Arsenal Sevilla RB Leipzig Benfica

Highlights Perlawanan

Post a Comment

Previous Post Next Post