Arsenal terlalu kuat buat Borehamwood FC.

Kredit gambar: Arsenal.com

Skuad bawah 23 tahun Arsenal tidak menghadapi masalah untuk tewaskan pasukan bolasepak Borehamwood dengan keputusan 4-0.

Perlawanan persahabatan diantara skuad U23 Arsenal menentang Borehamwood adalah bersempena perasmian ataupun pembukaan padang baru kelab bolasepak Borehamwood yang menjalinkan kerjasama bersama Arsenal.

Perasmian Padang Baru
Kerjasama Arsenal FC dan Borehamwood FC 
Kredit gambar : Arsenal
Arsenal telah menandatangani perjanjian baru bersama kelab bolasepak Borehamwood untuk tempoh 10 tahun selepas perjanjian asal dilakukan pada tahun 2003. 


Perjanjian ini menyaksikan kelab itu (Borehamwood) bakal menjadi lokasi (venue) perlawanan bagi skuad bawah 23 tahun Arsenal dan juga skuad wanita Arsenal (Arsenal Ladies) untuk tempoh 10 tahun.

Dan ini (perjanjian Arsenal-Borehamwood) mengakhiri spekulasi yang mengatakan bahawa Arsenal bakal mengikuti Manchester City dalam membina stadium kedua bagi tujuan perlawanan ataupun kejohanan yang melibatkan PL2 (liga bawah 23 tahun) dan Arsenal Ladies.

Sehubungan itu, pihak Arsenal telah melaburkan sejumlah besar dana bagi memperbaiki serta mempertingkat kemudahan padang bolasepak kelab tersebut termasuklah lampu limpah stadium.

Sebanyak £1.1 juta telah dilaburkan bagi membina dan menaiktaraf kemudahan latihan baru, termasuk penyediaan rumput baru yang menggunakan produk daripada DESSO yang membuatkan padang baru itu lebih berkualiti dan menyerupai padang di Stadium Emirates yang turut menggunakan teknologi keluaran DESSO.

Kelab ini juga menempatkan program pendidikan sukan terbesar di England semenjak ditubuhkan lebih daripada satu dekad lalu. Program tersebut ketika ini mempunyai seramai 575 pelajar dan dijangkakan bakal menerima lebih ramai pelajar pada musim 2017/18 nanti.


Penjelasan mengenai rumput DESSO oleh pembantu groundsman, Ben Howell.


Perlawanan Persahabatan
Dalam perlawanan itu, skuad U23 Arsenal tidak menghadapi masalah untuk menundukan pasukan Borehamwood 4-0 hasil jaringan daripada Chuba Akpom, Jon Toral dan dua gol daripada Stephy Mavididi.

Senarai kesebelasan pemain:

Wood XI: G Smith, K Smith, Woodards (Gordon), Wells (Johnson), Stephens, Shakes (Keita), Champion, Murtagh (Ricketts), Benson (Jeffers), Ash (Sach), Balanta (Andrade)

Subs not used: Bozkurt (GK)

Arsenal XI
: Macey, Jenkinson, Bramall (Bennacer), Pleguezuelo, Debuchy (McGuane), Bielik (Johnson), Reine Adelaide (Malen), Akpom, Mavididi, Nketiah (Mourgos)

Subs not used: Keto (GK)

Post a Comment

Previous Post Next Post