Wenger Nafi Lacazette cedera

Arsene Wenger nafi kecederaan yang membawa kepada penggantian Alexandre Lacazette dalam kekalahan 2-1 kepada Sevilla.

Lacazette yang dikeluarkan pada minit ke-77 dan digantikan oleh Theo Walcott setelah beliau kelihatan seolah-olah mengalami kecederaan.

Wenger dalam temubual selepas perlawanan itu menegaskan dimana pemain termahal kelab itu tidak mengalami sebarang masalah (kecederaan) walaupun dikeluarkan dengan masa perlawanan masih berbaki 12 minit.

Bercakap kepada wartawan, Wenger ;

"Lacazette  masih ok dan tidak cedera"  

"Saya mengeluarkan beliau bukan kerana dia cedera. Beliau adalah salah seorang dari beberapa pemain yang menunjukkan permainan positif hari ini."

"Ia adalah prestasi yang amat positif daripada Lacazette. Beliau mengalami sedikit kesukaran apabila kita ditekan"

"Namun apabila beliau terlibat dalam gerakan (serangan) beliau amat bijak menyempurnakan peluang yang ada, secara keseluruhan ia adalah satu prestasi yang menggalakkan."

"Minggu demi minggu, Lacazette kini kelihatan dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Secara keseluruhan, saya fikir ia akan mengambil masa satu atau dua bulan sebelum dapat menyesuaikan diri."

"Beliau berjaya menjaringkan gol dengan berada ditempat yang betul dan beliau juga mempunyai kualiti yang diperlukan dalam pasukan".

Post a Comment

Previous Post Next Post