Arsenal yang melakukan beberapa perubahan pada saat akhir (sebelum) perlawanan bermula akibat beberapa pemain mengalami masalah kesihatan yang dikatakan akibat daripada keracunan makanan.

Per Mertesacker yang disenaraikan pada awalnya terpaksa digantikan Elneny pada posisi pertahanan tengah.

Begitu juga dengan Olivier Giroud yang terlebih dahulu mengadu tidak sihat yang terpaksa berehat dibilik hotel. Sementara Sead Kolasinac terpaksa dikeluarkan sebelum tamat separuh masa pertama juga disebabkan masalah kesihatan.

Dengan barisan pemain muda, Arsenal mampu bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk mengikat perlawanan 1-1 pada penghujung perlawanan hasil jaringan Alex Iwobi minit ke-94.

Arsenal akhirnya muncul juara setelah berjaya menewaskan Bayern Munich melalui sepakan penalti 3-2.



video rangkuman perlawanan


Aksi cemerlang Martinez
Emiliano Martinez yang menggantikan Petr Cech pada minit ke-72 perlawanan bertindak cemerlang dengan menyelamatkan dua sepakan penalti.


Kapten Cech Tegah Raikan

Cech yang menjadi kapten pada perlawanan tersebut, kelihatan dan jelas kedegaran beliau mengarahkan pemain-pemain muda Arsenal supaya tidak menjulang dan meraikan trofi International Champion Cup yang dimenangi itu.

"This is not the trophy we lift. Let's lift the big one at the end of the season. Not this one!"

Post a Comment

Previous Post Next Post