Rundingan kontrak baru Mesut Ozil dilihat semakin positif mengikut laporan yang dikeluarkan hari ini.
Ozil, 28 tahun yang mana kontrak beliau bakal berakhir pada penghujung musim depan, dilaporkan bakal menandatangani kontrak baru bersama Arsenal.
Pemain kebangsaan Jerman yang dibawa masuk menyertai Arsenal dengan nilai perpindahan mencecah £42juta pada tahun 2013 mencetuskan kerisauan dikalangan peminat dan penyokong Arsenal ekoran kegagalan menemui persetujuan dalam rundingan kontrak beliau sebelum ini.
Beliau dikatakan menuntut gaji yang mencecah £350,000 seminggu dan merupakan tertinggi dalam kategori pembayaran gaji oleh Arsenal kepada pemain mereka.
Sebelum ini, beliau juga merupakan penerima gaji tertinggi dalam skuad Arsenal dengan bayaran £140,000 seminggu diikuti Sanchez £130,000 seminggu.
Senarai Top 5 Penerima Gaji Tertinggi Arsenal:
Pemain | Gaji Mingguan | Tamat Kontrak |
---|---|---|
Mesut Ozil | £140,000 | 2018 |
Alexis Sánchez | £130,000 | 2018 |
Theo Walcott | £110,000 | 2019 |
Olivier Giroud | £100,000 | 2018 |
Petr Čech | £100,000 | 2019 |
Menurut laporan Daily Mirror Ozil dikatakan setuju untuk melanjutkan kontrak beliau bersama Arsenal walaupun dikatakan bakal menerima gaji tidak seperti yang diminta beliau sebelum ini.
Namun tawaran baru (kontrak) tetap lebih tinggi daripada apa yang diterima Ozil ketika ini. Dikatakan beliau bakal menerima £280,000 -£300,000 seminggu.
![]() |
Ozil merupakan penerima gaji tertinggi dalam kelab Arsenal. |
Berita ini pasti sedikit melegakan peminat dan penyokong Arsenal namun malangnya kita masih belum menerima apa-apa perkembangan mengenai masa depan Sanchez ketika ini.
Sanchez ketika ini masih kuat dikaitkan dengan Manchester City dan juga Paris Saint-Germain (PSG) yang dikatakan mahu mendapatkan khidmat beliau.
Masa depan Sanchez bersama Arsenal masih menjadi tanda tanya. |
Walaupun Wenger berkali-kali menegaskan bahawa Sanchez bukan untuk dijual dan akan kekal bersama Arsenal musim depan, namun sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa kontrak beliau juga berada ditahun terakhir bersama Arsenal musim depan.
Adakah Wenger sanggup melepaskan beliau secara percuma pada penghujung musim depan? Andaikata beliau kekal bersama Arsenal dan tiada persetujuan/persefahaman dicapai mengenai kontrak beliau disepanjang musim depan (sebelum berakhirnya kontrak beliau).
Dan adakah Wenger benar-benar mahu melepaskan Sanchez dengan nilai £80juta jika PSG ataupun Manchester City membuat tawaran? Ketika ini hanya dua kelab ini sahaja yang mempunyai 'kuasa membeli' dan mampu berbelanja mewah (kelab yang dikaitkan dengan Sanchez).