Kontroversi Alexis Sanchez


Pemain Arsenal yang paling hangat dibicarakan dikalangan peminat dan penyokong Arsenal ketika ini, Alexis Sanchez.

Tindakan ataupun luahan beliau yang mengatakan ingin bermain dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) mungkin diterjemahkan mengikut kefahaman berbeza oleh pengamal media.

Mungkin maksud sebenar beliau adalah mahu membantu dan membawa Arsenal kembali ke UCL? MUNGKIN.

ATAU mungkin juga beliau sememangnya mahu bersama pasukan yang telah mengesahkan diri dalam saingan UCL dan mahu membantu pasukan tersebut memenangi kejuaraan itu sebagaimana yang beliau idamkan.

Hanya beliau yang tahu maksud dan hala tuju beliau ketika ini.

Kekal atau tidak? Menurut beliau, semuanya bergantung kepada Wenger (Arsenal). Dan menurut Wenger pula, beliau sememangnya mahukan beliau kekal bersama Arsenal.

Arsene Wenger certain Alexis Sanchez will not be sold - 'The decision has been made and we will stick to it' - Mirror.

"We played 20 years in the Champions League, that’s 17 years before Sanchez arrived and three years with him so he can get us back in there." - Wenger.



Terkini
Dilaporkan dimana beliau (Sanchez) dan juga ajen beliau telah berjumpa dengan pegawai rasmi Paris Saint-Germain (PSG) semalam di Paris, Perancis.

PSG yakin dapat Sánchez 
Antero Henrique, Pengarah Sukan kelab PSG dilaporkan telah berjumpa dengan pemain kebangsaan Chile itu bersama ajen beliau, Fernando Felicevich dikota Paris menurut The Guardian.

Dipercayai, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan mengenai perpindahan menyertai PSG.

Dipercayai PSG bakal membuat tawaran sekitar £40.3juta dan bakal mendapat bantuan daripada Pengerusi PSG, Nasser al Khelaifi yang mempunyai hubungan rapat bersama Wenger. Nasseer sebelum ini merupakan individu yang mengupah ataupun yang mengambil Wenger selama bertahun-tahun sebagai Pundit dan panel jemputan disaluran sukan BeIN Sports.

Manakala laporan daripada Mirror pula menyebut dimana Pengarah Sukan kelab PSG, Antero Henrique dikatakan berada di London pada minggu ini bagi membincangkan urusan perpindahan ini.

Laporan tersebut juga menyebut dimana PSG sedia memenuhi tuntutan gaji yang diminta oleh Sanchez sebelum ini (£400k seminggu).

Warga twitter turut melaporkan berita yang sama dimana Pengarah Sukan PSG itu kini berada di London bagi menyelesaikan urusan perpindahan ini.
Jika benar segala laporan ini, maka cerita kontroversi bakal berakhir dan secara jujur pendapat peribadi penulis, eloklah Sanchez sertai PSG daripada menyertai Manchester City.

Post a Comment

Previous Post Next Post