Wenger yakin dengan kredibiliti Lehmann


Wenger akui Lehmann mampu bawa para pemain-nya ke tahap lebih tinggi.

Tidak semua bekas pemain Arsenal yang menjulang kejuaraan liga dengan rekod tanpa kalah ( Invincibles ) mampu kembali bersama Arsenal atau dipanggil kembali menyertai skuad dalam menjadi sebahagian daripada staff kejurulatihan.

Begitu juga dengan bekas kapten Arsenal, tidak semuanya mampu menyertai kembali Arsenal.

Tony Adams dan Patrick Vieira secara terang-terangan telah mengatakan untuk kembali membantu skuad Arsenal namun malangnya mereka berdua yang juga merupakan bekas kapten pasukan; tidak dipanggil ataupun tidak diambil oleh Wenger dalam membentuk sebahagian daripada staff kejurulatihan Arsenal.

Bekas kapten Arsenal yang memenangi empat kejuaraan Liga bersama Arsenal.
Namun tidak untuk bekas penjaga gol berasal daripada Jerman, Jens Lehmann. Beliau dipanggil Wenger untuk membantu Arsenal musim depan dalam sebahagian daripada rancangan-nya yang mahu melakukan rombakan pada sistem kejurulatihan pasukan  Arsenal musim depan.

Bekas kapten Arsenal yang memenangi tiga kejuaraan Liga bersama Arsenal.
Kembalinya Jens Lehmann ke Arsenal diterima baik oleh para peminat dengan bekas penjaga gol ini bakal mengendalikan atau bertindak selaku jurulatih penjaga gol utama skuad Arsenal.



Lehmann yang berusia 47 tahun merupakan salah seorang pemain utama dalam skuad 'Invincibles' Arsenal 2004 dan masih mendapat kepercayaan Wenger dalam membantu beliau sekali lagi (untuk kali ketiga).

Wenger percaya dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh Lehman mampu membantu dan mempertingkatkan lagi corak permainan skuad Arsenal nanti.
Lehmann dilantik menjadi jurulatih penjaga gol skuad utama musim depan.
Menurut Wenger, beliau merasakan Lehmann mampu membentuk dan membimbing para pemain Arsenal ke satu tahap yang lebih tinggi dengan sikap yang dimiliki beliau itu.

"Beliau mempunyai 'demanding attitude' dan boleh memberikan semangat dan keinginan untuk menang itu kepada pemain serta mampu membantu para pemain untuk mencapai sasaran (kemenangan)" kata Wenger.

"Itulah yang anda mahukan dari pemain ini."

"Beliau juga boleh memberikan nasihat yang baik kerana beliau sendiri telah mengalami masa-masa sukar, apabila semuanya tidak berjalan seperti yang dirancang."

"Dan saya percaya sikapnya yang tegas dan tidak mudah berputus asa dalam kerjayanya adalah sama dengan apa yang dimiliki Per Mertesacker. Adalah penting untuk pasukan dikelilingi oleh orang-orang seperti ini."

Sikap tidak mudah mengalah beliau mendapat kepercayaan Wenger.

Post a Comment

Previous Post Next Post