Lagenda Arsenal bagi 'amaran' kepada penyokong Arsenal.


Lagenda Arsenal yang pernah menganggotai skuad Invincible Arsenal, Robert Pires memberi amaran kepada penyokong dan peminat Arsenal mengenai Lacazette.

Beliau yang pernah bersama Arsenal dari tahun 2000 sehingga tahun 2006 meluahkan 'amaran' kepada peminat dan penyokong Arsenal mengenai Lacazette yang merupakan pemain termahal dalam rekod pembelian dilakukan Wenger dan juga Arsenal.

Lacazette yang dibawa masuk musim ini dengan nilai £52juta mungkin tidak mampu memberikan aksi terbaik beliau pada peringkat awal musim menurut Pires yang dipetik dari laman Football365.

Beliau (Pires) yang menyertai Arsenal pada tahun 2000 juga daripada Perancis percaya bahawa Lacazette mampu berjaya bersama Arsenal dalam menyesuaikan diri dengan corak dan permainan Liga Inggeris namun ianya memerlukan masa sebelum beliau berjaya menyesuaikan diri. 

Lacazette berjaya menjaringkan satu gol dalam siri jelajah 2017 ketika menentang Sydney FC.
Menurut Pires, Lacazette memerlukan sekurang-kurangnya enam ke tujuh bulan sebelum berjaya menyesuaikan diri dengan corak Arsenal serta aksi dalam saingan Liga Inggeris.

Tambah beliau lagi, peranan pemain Perancis didalam skuad Arsenal mungkin berjaya membantu pemain itu lebih cepat dengan corak dan aksi Liga Inggeris yang menurutnya lebih aggressif jika dibanding dengan corak Liga Perancis.



Memetik temubual Pires bersama media:

"Saya rasa beliau akan berjaya," 

"Beliau adalah penyerang yang baik yang telah menjaringkan banyak gol bersama Lyon. Sudah tentu ia akan menjadi sangat sukar pada mulanya kerana apabila anda bermain di Perancis dan berpindah ke England ianya adalah tidak sama, Liga Inggeris sangat agresif."

"Mungkin beliau memerlukan masa dalam menyesuaikan diri dan kerana itu semua orang di sekeliling beliau sangat penting, terutamanya pemain Perancis"

"Saya fikir Arsene Wenger mempunyai peranan yang sangat penting baginya, Arsenal mempunyai Lacazette, Olivier Giroud, Alexis Sanchez dan Danny Welbeck, ianya satu perkembangan yang bagus dan saya gembira untuk kelab"

"Tetapi untuk membuat penyesuaian, untuk mencari rentak dan tempo, bagi saya ia mengambil masa enam atau tujuh bulan"

"Ia sangat sukar dan segalanya adalah mengenai 'aggression' dan intensity. Bagi saya yang bermain di Perancis sebelum menyertai Liga Inggeris, ianya adalah amat berat dan sebab itulah ianya menjadi begitu sukar dalam Liga Perdana Inggeris "

Mengimbas kembali kenangan dimana buat pertama kali beliau bermain dalam Liga Inggeris, ketika Arsenal menentang Sunderland dan beliau ketika itu hanya berada dibangku simpanan; beliau merasakan corak permainan Liga Inggeris tidak begitu sesuai buat dirinya.

Sehinggakan beliau pernah dikritik akibat mengeluarkan kenyataan mengenai Liga Perdana Inggeris yang terlalu aggresif dan fizikal.

Mengulas lanjut mengenai kemasukan Lacazette bakal membuatkan rakan senegara Lacazette, Olivier Giroud akan tersisih; Pires merasakan perkara tersebut tidak akan berlaku didalam Arsenal.

Pires percaya bahawa Wenger masih memerlukan khidmat Giroud walaupun pemain kebangsaan Perancis itu dikaitkan dengan beberapa kelab Inggeris dan juga kelab Perancis.

Beliau yakin dengan sikap profesional Giroud yang sukakan persaingan walaupun situasi agak berbeza kerana Arsenal telah melabur dalam jumlah yang besar terhadap Lacazette.

I believe in Giroud because he loves to fight, fight the good fight and not for himself, but for the team. If you want to win the title you need everybody and Arsenal need Olivier Giroud.”

Kaitan Perancis bersama Arsenal diteruskan lagi dengan Wenger dikatakan berminat dengan pemain sayap Monaco, Thomas Lemar.

Walaupun Wenger menafikan membuat sebarang tawaran bagi mendapatkan khidmat pemain muda tersebut, namun khabar angin begitu bertiup kencang mengenai Lemar bakal menyertai Arsenal musim depan dan Pires juga teruja dengan perkhabaran ini.

Beliau menyifatkan Lemar antara pemain terbaik Perancis ketika ini dan mengakui teruja jika Arsenal berjaya memiliki pemain itu.

He played very well last season with Monaco in the Champions League, he is a young player with good technique, a good left foot, he can do a good cross and score good goals. For me, yes, he has a very good profile to play for Arsenal.”

Post a Comment

Previous Post Next Post