Kelab Turki Berminat Dapatkan Wilshere.


Pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere dikatakan 'berunding' dengan kelab Turki.

Laporan daripada ESPN menyebut dimana kelab Turki, Antalyaspor dikatakan telah berbincang dengan pemain tengah Arsenal itu namun mungkin menghadapi masalah dengan nilai perpindahan.

Antalyaspor have said they are in talks with Arsenal to sign Jack Wilshere but may struggle to afford the midfielder. - ESPN




Mereka (Antalyaspor) dilaporkan telah mengemukakan pertanyaan dan berbincang bersama Arsenal mengenai Wilshere namun dengan nilai yang tinggi diletakkan Arsenal terhadap Wilshere memaksa kelab itu menarik diri daripada cubaan mendapatkan Wilshere.

Jack Wilshere menjadi rebutan beberapa kelab Inggeris dan juga Turki.
Memetik kenyataan yang dibuat daripada Presiden Antalyaspor, Ali Safak Ozturk sebagaimana diterbitkan dilaman Turkish Football;

'We are in talks – £20m Arsenal star could join Samuel Eto’o in Turkey'

Namun nilai sebenar yang dipinta oleh Arsenal bagi melepaskan pemain tersebut tidak dinyatakan sebaliknya Presiden Antalyaspor mengakui ianya merupakan satu langkah yang sukar.

Antalyaspor, yang menamatkan saingan liga ditempat kelima dalam Super Lig Turki musim lalu, telah menandatangani Jean-Armel Drole, Jeremy Menez dan Maicon pada jendela perpindahan ini.

Usaha mereka untuk mendapatkan Wilshere dilihat bagi mengukuhkan pasukan itu dalam usaha untuk merebut tempat dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada penghujung musim depan.

Dan Presiden Antalyaspor Ali Safak Ozturk telahpun mengesahkan bahawa beliau telah membuat pertanyaan mengenai Wilshere dan berbincang bersama Arsenal walaupun hakikatnya beliau sendiri mengakui bahawa ianya adalah satu langkah sukar untuk diselesaikan.

"Kami membuat pertanyaan dan berbincang namun Arsenal mahukan nilai yang tinggi untuk Wilshere," jelas Ozturk.

Wilshere ketika ini banyak dikaitkan dengan perpindahan termasuklah kelab Itali, Sampdoria yang dilaporkan membuat tawaran sekitar £7.5 juta namun Arsenal bertegas dengan nilai sebanyak £20juta bagi melepaskan Wilshere.


Selain Sampdoria, Wilshere turut dikaitkan dengan pasukan West Ham,Newcastle dan juga Swansea yang dikatakan turut berminat untuk mendapatkan pemain kebangsaan England ini.

Arsene Wenger telah menegaskan sebelum ini dimana masa depan pemain tengah dan kebangsaan England itu kekal bersama Arsenal dan beliau tidak akan melepaskan pemain tersebut (jual).

Namun, Wenger turut mendedahkan dimana Wilshere terpaksa bekerja keras dan bersaing dalam merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad kendalian beliau.

Adakah Wenger akan mengekalkan ataupun melepaskan Jack Wilshere?
Kontrak Wilshere bakal berakhir pada penghujung musim depan dengan tahap kecergasan beliau masih belum diketahui lagi ketika ini. Tambahan Arsenal kini memiliki beberapa pemain tengah yang berkualiti menurut Wenger.

Bagi penulis, Jack Wilshere merupakan pemain yang handal serta hebat namun sayangnya, bakat beliau sentiasa diselubungi atau dibayangi kecederaan yang berulang.

Post a Comment

Previous Post Next Post