Jens Lehmann

Jens Gerhard Lehmann atau lebih dikenali dengan Jens Lehmann menyertai Arsenal pada 25 Julai 2003 menggantikan penjaga gol utama Arsenal ketika itu, David Seaman.


Sesuatu yang menarik mengenai beliau dalam skuad yang menjuarai Liga Perdana Inggeris dengan rekod tanpa kalah 'Invincible' 2003/04 adalah dimana beliau beraksi dalam setiap perlawanan tersebut (musim itu).

Info Ringkas
Jens Gerhard Lehmann
Tarikh Lahir Nov 10, 1969
Tempat Lahir Essen, Jerman
Umur 47
Tinggi 1,90 m
Warganegara Jerman
Posisi Goalkeeper
Kaki Kanan
Kelab Arsenal
Jawatan Jurulatih Skuad Utama 

Crazy Goalkeeper


Mad Jens
Beliau yang mendapat gelaran Jens Yang Gila ataupun Mad Jens ekoran tindakan beliau yang pernah mencetuskan kontroversi baik ketika menentang pihak lawan mahupun terhadap rakan sepasukan sendiri.

Tidak ketinggalan juga pengadil dan pembantu pengadil turut menjadi mangsa kegilaan beliau.

Walaupun dari segi bilangan kad merah yang diperolehi beliau tidaklah begitu banyak, namun kontroversi beliau yang mengakibatkan beliau didenda boleh dikatakan agak banyak.

Dalam sejarah karier bolasepak beliau (sepanjang zaman), beliau hanya menerima tiga kad merah (straight red card) dan dua kali kad merah (dua kad kuning yang menghasilkan kad merah).


Berikut adalah peristiwa 'gila' beliau:

1999- Kad Merah Pertama.
Kad merah pertama dalam karier bolasepak beliau adalah dalam saingan Liga Jerman (Bundesliga) ketika mewakili Dortmund dan ketika perlawanan menentang Hansa Rostock, April 1999.

Kesilapan beliau yang dianggap 'bodoh' oleh dirinya sendiri dimana beliau menarik rambut pemain Hansa Rostock pada minit ke 90 perlawanan, yang seterusnya menyaksikan layangan kad merah pertama dalam sejarah kerier bolasepak beliau.

2002 - Digantung Perlawanan.
Pada Mac 2002, beliau telah dikenakan penggantungan empat perlawanan setelah menendang pemain Freiburg, Soumaila Coulibaly dalam perlawanan yang dimenangi Dortmund 5-1.

2003 - Rakan Sepasukan.
'Kegilaan' Lehmann yang paling ketara apabila beliau dilayangkan kad merah pada Februari 2003 selepas menolak rakan sepasukan beliau, Marcio Amoroso. 

"It doesn't matter if it's a rival player or a team-mate," - pengadil yang melayangkan kad merah tersebut, Herbert Fandel.

2003 - Arsenal vs Man. United.
Selepas menyertai Arsenal pada tahun 2003 (25 Julai), aksi yang paling tidak dapat dilupakan buat peminat dan penyokong Arsenal adalah ketika menentang Manchester United pada September 2003 yang lebih dikenali dengan 'Battle of Old Trafford'.

Lehmann ketika itu beraksi untuk perlawanan keenam beliau bersama Arsenal didakwa oleh FA England hanya selepas perlawanan tersebut berakhir yang banyak diceritakan dalam dokumentari 'Battle of Old Trafford 2003'.

Namun dakwaan tersebut digugurkan oleh FA.
(terlalu banyak untuk dikupaskan).


 2003 - Lontar Bola
Walaupun Arsenal berjaya mencapai kemenangan 2-0 ketika menentang Southampton pada Disember 2003, kegilaan Lehmann sekali lagi menyebabkan beliau dikenakan denda (£10,000) oleh pihak FA England setelah mendapati beliau bersalah kerana melontar bola terhadap penyerang Southampton,  Kevin Phillips.

2005 - Lehmann vs Pengadil.
Pada usia 35 tahun beliau mencetuskan kontroversi dengan tindakan beliau mencurah ataupun membaling air kepada pengadil dan pembantu pengadil.

Insiden tersebut berlaku pada perlawanan kedua saingan Liga Juara-Juara Eropah ketika Arsenal menentang Bayern Munich di Highbury.

Walaupun Arsenal memperolehi kemenang 1-0, namun tewas secara aggregate 2-3 kepada Bayern Munich.

Kenyataan daripada pihak UEFA mengatakan dimana beliau didapati bersalah atas kesalahan sengaja mengganggu dan tidak menghormati pengadil.

2006 - UCL : Arsenal vs Barcelona
Peristiwa yang tidak dapat dilupakan dalam sejarah Arsenal pada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Beliau dilayangkan kad merah pada minit ke-18 selepas menjatuhkan Samuel Eto'o diluar kawasan penalti. Dan layangan kad merah tersebut menjadikan beliau pemain pertama dalam sejarah UCL dibuang padang pada perlawanan akhir. 

2006 : vs Drogba
Tindakan beliau yang sengaja menolak Drogba setelah pemain itu membuat bantahan akibat terjahan dalam petak penalti Arsenal, dan kemudiannya Drogba menolak beliau.

2007 : Hilang Sabar Terhadap Rakan Sepasukan.
Beliau yang memiliki sikap 'eccentric' (sifat-sifat pelik) sekali lagi mencetuskan kontroversi terhadap rakan sepasukan.

Dan kali ini giliran Kolo Toure menjadi mangsa amukan dan makian beliau setelah pemain tersebut gagal untuk membuang  bola (clear) dari kawasan bahaya Arsenal ketika menentang CSKA Moscow.

2007 : Jari Tengah
Insiden dimana beliau dikatakan menunjukan jari tengah kepada penyokong sendiri apabila penyokong mengejek dan meng'boo' beliau dalam perlawanan kelayakan Euro 2008 menentang Cyprus di Hannover,Jerman.

Namun beliau mendakwa hanya menggarukan kepala ketika itu. Beliau diejek kerana penyokong lebih memilih Robert Enke berbanding beliau.

2008 : vs Almunia (Rakan Sepasukan).
Selepas beliau kehilangan tempat didalam kesebelasan Arsenal kepada Manuel Almunia dan hanya berada dibangku simpanan, beliau pernah mengeluarkan kenyataan dimana beliau tidak begitu menggemari Almunia.

Melihat Almunia beraksi dan beliau berada dibangku simpanan, beliau menyifatkan sesuatu yang menyakitkan dan terpaksa menahan marah.

'I'm an Arsenal player and I won't just fade away quietly.' 

September 2008 Kembali ke Jerman.
Ketika beliau menyertai VfB Stuttgart setelah meninggalkan Arsenal, beliau mula mencetuskan kemarahan datuk bandar dan penduduk apabila menaiki helicopter daripada rumah beliau Munich ke pusat latihan Stuttgart.

2009 vs Rakan Sepasukan.
Beliau sekali lagi didenda ekoran kutukan beliau terhadap rakan sepasukan yang didakwa beliau 'pemalas' ekoran kekalahan pasukan beliau kepada Bayern Munich 1-5 dalam perlawanan German Cup.

February 2009 
Jika di Arsenal beliau sentiasa 'bergaduh' dengan Kolo Toure dan William Gallas, kini bersama kelab Stuttgart, beliau menjadikan Khalid Boulahrouz sebagai mangsa beliau.

Insiden berlaku dalam saingan UEFA Cup ketika Stuttgart menentang Zenit St.Petersburg. Dan beliau secara tiba-tiba meninggalkan pintu gol dan berlari kearah pemain pertahanan itu lalu mencabut 'headband' yang dipakai  Khalid Boulahrouz dengan alasan pemain itu dapat melakukan (beraksi) lebih baik tanpa kain pengikat kepala itu.

February 2009 : Kasut ataupun boot.
Kegilaan Lehmann pada aksi terakhir dalam perlawanan Stuttgart menentang Hoffenheim yang berkesudahan 3-3.

Kasut bola yang dipakai penyerang  Hoffenheim, Sejad Salihovic tercabut diluar petak gol Stuttgart dan beliau berlari mengambil boot tersebut (mungkin merasakan berbahaya ketika itu) beliau mencampakkan kasut pemain tersebut ke atas jaring gol beliau.

Post a Comment

Previous Post Next Post