Arsenal cuba dapatkan Ousmane Dembele


Hari ini kita semua dikejutkan dengan berita perpindahan Neymar yang menyertai PSG dengan nilai perpindahan yang paling tinggi setakat ini iaitu €222 juta.

Mungkin benar kata-kata Wenger mengenai nilai perpindahan sekarang yang semakin mengarut (semakin mahal).

Dan tindakan kelab yang membayar pemain pada harga yang boleh dikatakan tidak sepadan (terlalu tinggi) boleh menyebabkan ianya menjadi ikutan serta mempengaruhi pemain-pemain muda dan ternama ketika ini.

Sudah tentu mereka boleh meminta gaji yang boleh dikatakan tinggi dan ianya mungkin tidak menjadi satu masalah buat kelab-kelab yang mampu namun sedikit sebanyak ianya turut mengganggu proses sesebuah kelab untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap.

Tanpa mahu mengulas lanjut mengenai perpindahan Neymar, kami ringkaskan transfer rumors sepanjang hari ini mengikut sumber-sumber media antarabangsa.



Berikut adalah ringkas mengenai khabar angin ataupun transfer rumors setakat ini.

➧ Le10Sport melaporkan bahawa Kylian Mbappé telah membuat keputusan untuk meninggalkan Monaco pada jendela perpindahan ini dan destinasi beliau adalah Barcelona.

➧ Arsenal dilaporkan telah membuat pertanyaan mengenai pemain Borussia Dortmund, Ousmane Dembélé namun kelab Jerman itu mengatakan pemain tersebut bukanlah untuk dijual ketika ini menurut laporan Mundo Deportivo.

➧ Mengikut laporan Telegraph, Jack Wilshere nekad membuktikan kebolehan beliau bersama Arsenal dan mahu kekal bersama kelab ini walaupun mendapat tawaran daripada kelab Eropah lain termasuklah Sampdoria.

➧ The Mirror pula melaporkan dimana Virgil van Dijk semakin hampir meninggalkan Southampton dan dikatakan bakal menyertai Liverpool.

➧ Sky Italia melaporkan dimana Sampdoria semakin hampir mendapatkan pemain pemain Middlesbrough Gastón Ramírez.

➧ The Evening Standard percaya AC Milan bakal mendapatkan atau berjaya menandatangani pemain 'buangan' Chelsea, Diego Costa.

➧ Pemain Manchester City, Kelechi Iheanacho menurut laporan Sky Sports dikatakan telah selesai melakukan pemeriksaan kesihatan dan bakal menyertai Leicester dengan nilai perpindahan bernilai £25 juta bersama klausa pembelian semula (buy back clause) yang bernilai £50 juta.

➧ José Mourinho dikatakan tidak berminat untuk mendapatkan Serge Aurier menurut laporan Sky Sports.

➧ The Independent turut melaporkan dimana Mourinho masih mahu melakukan pembelian pemain dengan mensasarkan pemain pertahan Inter Milan, Ivan Perisic.

➧ Sunderland bakal menandatangi pemain penyerang Aston Villa, Ross McCormack secara pinjaman.

➧ Laporan Marca pula mendakwa klausa pelepasan Antoine Griezmann bakal diturunkan (hurmmmm...macam mana tu ek) daripada €200juta kepada €100juta pada September ini. Dan ini mungkin menarik minat Manchester United ataupun Barcelona untuk mendapatkan pemain ini.

➧ Dan akhir sekali The Sun melaporkan bahawa Tottenham bakal menandatangani penjaga gol Argentina Paulo Gazzaniga.

Sekian sahaja laporan unit gosip MyGooners.

Post a Comment

Previous Post Next Post