Sanchez hormati keputusan Wenger dan Arsenal.


Alexis Sanchez  dilaporkan perlu menghormati keputusan Arsenal menurut Wenger.

Sanchez sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan dimana beliau telah membuat keputusan untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah yang pasti ianya bukan sesuatu yang mampu ditawarkan oleh Arsenal ketika ini.

Namun beliau turut mendedahkan dimana segala keputusan bergantung kepada Arsenal sebagai mana kenyataan beliau yang dipetik dari laman ESPN.

"I want to play in the Champions League," 

"The decision isn't up to me, I need to wait for Arsenal."

"I've made my decision, now I wait for Arsenal's reply. The idea is to play and win the Champions League. I've dreamt about it since I was little."

"For now I am at Arsenal and I finish my contract in one more year."




Dalam laporan terkini yang dikeluarkan oleh SkySports, Wenger telah menjelaskan dimana pemain kebangsaan Chile itu bukan untuk dijual ataupun dilepaskan pada musim ini dan kekal dengan keputusan untuk mengekalkan Sanchez bersama Arsenal bagi menghadapi saingan liga musim depan.

Sanchez dilihat ceria ketika menjalani latihan bersama skuad Arsenal dan ini memberi gambaran bahawa beliau menghormati keputusan kelab untuk mengekalkan beliau sehingga penghujung musim depan yang mana tempoh kontrak beliau bakal berakhir.

A post shared by Arsenal Official (@arsenal) on

Sanchez kembali menyertai latihan pada minggu ini selepas diberikan cuti ekoran penglibatan beliau dalam kejohanan Piala Konfederasi bersama skuad kebangsaan Chile serta mengalami masalah kesihatan (selsema) yang mengakibatkan beliau lewat menyertai latihan bersama skuad Arsenal. 

Wenger bertegas mahu mengekalkan beliau walaupun tiada perkembangan ataupun progress terkini mengenai perbincangan mengenai kontrak pemain tersebut.

Beliau turut enggan mengulas dan tidak memberi sebarang jawapan mengenai rumors yang mengatakan bahawa Sanchez telah meminta kebenaran untuk meninggalkan kelab bagi menyertai Manchester City ataupun Paris Saint-Germain.

"He is focused. My decision is clear - he will stay and he will respect that. It's as simple as that." - Wenger.

Wenger yang masih memerlukan khidmat Sanchez bagaimanapun masih belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk menurunkan pemain tersebut atau tidak dalam perlawanan menentang Chelsea, Ahad ini (Piala Perisai Komuniti ).

Mengulas lanjut mengenai masa depan Lucas Perez yang dikatakan menjadi sasaran Newcastle dan Fenerbahce serta kelab di Sepanyol dan Jerman, Wenger seoalah-olah mengakui bahawa beliau terpaksa melepaskan pemain tersebut jika terdapat tawaran yang memenuhi nilai yang ditetap (perpindahan) pemain itu yang dilaporkan sekitar £13 juta.

Arsenal sedia lepaskan Perez
Arsenal menurut Wenger mempunyai terlalu banyak pilihan pada posisi serangan dengan ketika ini mereka memilikki pemain Lacazette, Olivier Giroud, Alexis Sanchez, Alex Iwobi, Danny Welbeck, Theo Walcott, Alex Oxlade-Chamberlain dan Chuba Akpom.


Post a Comment

Previous Post Next Post