Arsenal perlukan ruang sebelum beli pemain.


Arsenal setakat ini baru membawa masuk dua pemain baru dan mengeluarkan tujuh pemain dengan sebahagian daripadanya adalah daripada skuad simpanan ataupun remaja.

Desas-desus mengenai kemasukan pemain baru seperti Lemar dan Seri juga bergantung kepada kekosongan yang berjaya dibuat Arsenal.

Laporan sebelum ini ada menyebut dimana rombakan besar-besaran Arsenal tertangguh ekoran permintaan gaji yang tinggi daripada pemain yang dikatakan mendapat restu Wenger untuk menyertai kelab lain.

Menurut laporan L'Equipe yang dipetik dari laman Metro, Arsenal dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain tengah Nice, Jean Michael Seri. Namun hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu memandangkan Arsenal masih belum berjaya menjual ataupun melepaskan beberapa pemain sedia ada bagi memberi ruang didalam skuad serta kewangan kelab.


Arsenal perlu melepaskan ataupun menjual sekurang-kurangnya tiga pemain sedia ada sekarang bagi membolehkan Wenger membawa masuk Seri ataupun mana-mana pemain yang menjadi sasaran Wenger ketika ini.

Wenger kebiasaan-nya hanya menggunakan dua pemain tengah, ketika ini mempunyai ramai pilihan untuk beraksi pada posisi tersebut dengan pemain seperti Granit Xhaka, Mohamed Elneny, Francis Coquelin, Aaron Ramsey, Jack Wilshere dan juga Santi Cazorla.

Elneny, Coquelin dan Wilshere dilaporkan berada dalam senarai pilihan Arsenal untuk lepaskan dan Elneny sebelum ini pernah dikaitkan dengan kelab Turki, Galatasaray.

Namun pemain itu dikatakan menolak tawaran untuk berpindah daripada Arsenal walaupun dikatakan Arsenal telah bersetuju dengan tawaran berjumlah £10 juta daripada kelab Turki itu.

Menurut laporan BleacherReport, jika Arsenal bercadang untuk menajamkan lagi jentera serangan, kemasukkan Seri dilihat satu kelebihan dan pilihan yang dianggap berbaloi ketika ini.

Dengan statistik yang dikeluarkan oleh Squawka, pemain berusia 26- tahun ini (Jean Michael Seri) sangat mengagumkan pada musim lepas.
Seri merupakan pemain 'box-to-box' yang sangat  dinamik dan bertenaga serta mampu memberi pilihan kedalam skuad Arsenal yang ketika ini dilihat kurang kreatif semenjak ketiadaan Cazorla. 

Senarai terkini pemain masuk dan keluar bagi Arsenal.
Bil. Pemain Masuk Pemain Keluar Pemain Pinjaman Pemain dipinjamkan
1. Sead Kolašinac Chris Willock Marc Bola
2. Alexandre Lacazette Dan Crowley Takuma Asano
3. Stefan O'Connor Emiliano Martinez
4. Yaya Sanogo
5. Kaylen Hinds
6. Glen Kamara
7. Wojciech Szczesny


Post a Comment

Previous Post Next Post