Wenger Puji Giroud.


Olivier Giroud berpeluang meninggalkan Arsenal ketika penghujung musim lalu apabila diberi pelepasan oleh Wenger namun beliau awal pagi tadi menjadi wira Arsenal apabila menjaringkan gol kemenangan menewaskan Leicester City.

Arsene Wenger mendedahkan dimana beliau telah memberi peluang kepada Olivier Giroud untuk meninggalkan Arsenal pada penghujung musim lalu dengan Marseille berminat mendapatkan khidmat beliau.

Pendedahan yang dibuat oleh pengurus Marseille, Rudi Garcia juga mengatakan dimana beliau begitu berminat untuk mendapatkan Giroud namun penyerang itu lebih sayangkan Arsenal dan mahu kekal bersama Arsenal.

Rudi Garcia berminat membawa Giroud menyertai beliau, namun ditolak Giroud.
Arsenal's Olivier Giroud not interested in joining Marseille - Rudi Garcia
Marseille boss Rudi Garcia has told L'Equipe that Olivier Giroud would be a perfect fit for the Ligue 1 club but the Arsenal forward "does not want to come."
- ESPN


Kehadiran penyerang sensasi Lyon, Alexandre Lacazette yang menyertai Arsenal mengehadkan peluang Giroud untuk beraksi memandangkan Wenger sendiri mengakui dimana Arsenal kini terlalu ramai pemain penyerang.

Disebabkan itu, Wenger memberi kebenaran kepada beliau (Giroud) meninggalkan Arsenal. Namun rasa cinta Giroud terhadap Arsenal membuatkan beliau menolak tawaran daripada kelab Perancis, Olympique de Marseille dan ternyata tindakan beliau berbaloi apabila muncul wira Arsenal awal pagi tadi.

Beliau berjaya menjaringkan gol kemenangan Arsenal dalam perlawanan yang cukup dramatik awal pagi tadi.

Wenger pada perlawanan itu memilih Lacazette dan Welbeck serta dibantu oleh Ozil bagi mengemudi jentera serangan Arsenal sebelum Giroud masuk menggantikan Rob Holding pada minit ke-67.

Arsenal ketika itu ketinggalan 2-3 sebelum Ramsey berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-83 dan Giroud mengesahkan kemenangan Arsenal melalui jaringan beliau pada minit ke- 85.

Wenger dalam satu temubual bersama Sky Sports memuji prestasi Giroud sambil mendedahkan dimana beliau pernah memberi kebenaran kepada Giroud untuk meninggalkan Arsenal.

"I love the man and the player," 
"He is a fantastic guy as well – committed, he loves the club."
"He doesn't want to leave and I'm happy that he wants to stay."
"But at some stage I opened the door for him because I knew that I had many strikers."
"He is really loved here, we love him and, in the end, he decided to stay."

Giroud dapat pujian Wenger
Wenger dalam temubual itu turut mengakui kesilapan beberapa pemain dan barisan pertahanan beliau yang menyaksikan Leicester berjaya menjaringkan tiga gol dalam perlawanan itu.

Namun beliau mengakui barisan pertahanan Arsenal tidak cukup fokus dan berpengalaman dengan ketiadaan pemain seperti Laurent Koscielny, Shkodran Mustafi dan Per Mertesacker .

Ketiadaan Per dan Kosielny sedikit merencatkan barisan pertahanan Arsenal awal pagi tadi.

Wenger bergantung kepada pemain pertahanan muda, Rob Holding yang berjaya mempamerkan aksi cemerlang dipenghujung musim lalu untuk bergandingan bersama Monreal dan Kolasinac pada barisan pertahanan.

Namun,Holding kelihatan hilang tumpuan selepas melakukan beberapa kesilapan pada perlawanan awal pagi tadi yang akhirnya terpaksa dikeluarkan dan digantikan oleh Giroud.

Holding will be a great central defender but tonight after one or two mistakes he lost a bit of confidence and you could feel that.

Beliau turut mengakui dimana kesilapan barisan pertahanan yang tidak fokus menyebabkan Leicester mudah memperolehi gol pertama hasil daripada hantaran pendek yang disudahi dengan baik oleh Okazaki melalui tandukan.

Kesilapan kedua menurut Wenger berpunca daripada kesilapan pemain Arsenal dalam proses membina serangan (build-up) yang menyaksikan barisan pemain Arsenal sekali lagi dihukum dengan jaringan gol oleh Vardy untuk Leicester mendahului Arsenal.

There were some mistakes and I think we lacked a bit of experience.

Keseluruhan permainan Arsenal menurut Wenger lebih baik kali ini berbanding permulaan pada musim lalu dengan Arsenal turun tanpa pemain pertahanan yang berpengalaman.

Post a Comment

Previous Post Next Post