Guardiola sedia amuk dalam Liga Perdana Inggeris


Musim lalu, Manchester City dibawah kendalian Pep Guardiola  gagal meraih sebarang kejuaraan dan itu juga merupakan satu-satunya musim dimana Guardiola gagal meraih kejuaraan selaku pengurus pasukan.

Guardiola setakat ini telah membelanjakan hampir £200juta bagi membina skuad baru Manchester City dengan membawa masuk Ederson, Kyle Walker, Danilo dan Benjamin Mendy.

Kyle Walker antara pemain baru dibawa masuk menyertai Manchester City.
Tindakan Guardiola ini bagaikan memberi gambaran dimana beliau sedia melakukan amukan dalam saingan liga musim ini.

Penulis sendiri meletakkan Manchester City antara calon yang mampu menjulang Juara Liga musim 17/18 (sudah tentu Arsenal bakal menjuarai Liga  💪 - harapan penulis).



Manchester City, dengan Guardiola memiliki pemain yang lebih bagus berbanding musim lalu bakal melaksanakan rancangan taktikal pengurus yang pernah menggegarkan kancah bolasepak Eropah terutama ketika bersama Barcelona dan juga Bayern Munich.

Tidak mustahil beliau bakal menggegarkan liga dengan taktikal beliau bersama pemain-pemain pilihan beliau.

Mampukah Guardiola mencipta kejutan musim ini?
Bagi penulis, musim ini Guardiola boleh dikatakan telah melengkapkan 70% pasukan beliau dengan barisan pemain yang bersesuaian dengan taktikal beliau.

Kehadiran Bernado Silva juga dilihat mampu untuk untuk menggerakan serta menajamkan lagi jentera serangan City musim ini.

Dengan hampir separuh pemain utama pasukan beliau ketika ini pernah bersama musim lalu, tidak dinafikan mereka memahami apa yang dimahukan oleh Guardiola lebih-lebih lagi apabila mereka berjaya melengkapkan perlawanan pra musim dengan kejayaan dalam membentuk pasukan yang mantap.

Dalam empat perlawanan pra musim, mereka hanya tewas sekali iaitu kepada Manchester United pada perlawanan pertama sebelum meraih kemenangan baki tiga perlawanan lagi.

Tarikh Lawan Keputusan
Jul 20 Manchester United 0-2
Jul 26 Real Madrid 4-1
Jul 29 Tottenham 3-0
Aug 4 West Ham 3-0

Boleh dikatakan beliau telah berjaya membentuk barisan pertahanan yang mantap musim ini dengan pemain seperti Kyle, Mendy dan Danilo dibarisan pertahanan, beliau yang gemar menggunakan formasi 3-4-3 dalam perlawanan pra musim dijangka mengekalkan formasi ini.

Pada perlawanan pra musim, beliau hanya menggunakan sekali sahaja dengan empat pemain pada barisan pertahanan iaitu ketika menentang Manchester United yang menyaksikan mereka tewas.

Namun pada tiga lagi perlawanan, beliau telah menggunakan tiga pemain pada barisan pertahanan yang membentuk formasi 'diamond' dan mencapai kemenangan dalam ketiga-tiga perlawanan tersebut.


Rekod beliau musim lalu dalam formasi yang digunakan:

Formasi Jumlah perlawanan Menang Kalah Seri
4 pemain pertahanan 20 15 2 3
4-2-3-1 9 7 - 2
4-1-4-1 7 5 2 -
4-3-3 3 3 - -
4-4-1-1 1 - - 1
3 pemain pertahanan 6 - 4 2
3-4-3 2 - 1 1
3-4-2-1 2 - 1 1
3-5-1-1 1 - 1 -
3-5-2 1 - 1 -

4 pemain pertahanan : 20 perlawanan, 15 menang, 2 seri, 3 kalah.

➤ 4-2-3-1 : 9 perlawanan.
Tujuh kali menang:
➥ 2-1 vs Sunderland
➥ 5-0 vs Steaua
➥ 4-0 vs Bournemouth
➥ 4-0 vs West Brom
➥ 2-1 vs Palace
➥ 2-1 vs Burnley
➥ 2-0 vs Watford

Dua kali kalah:
➥ 0-2 vs Tottenham
➥ 0-4 vs Barcelona

➤ 4-1-4-1: 7 perlawanan.
Lima kali menang: 
➥ 1-0 vs Steaua
➥ 4-0 vs Gladbach
➥ 2-1 vs Swansea
➥ 3-1 vs Swansea
➥ 3-1 vs Barcelona

Dua kali seri:
➥ 3-3 vs Celtic
➥ 1-1 vs Middlesbrough

➤4-3-3 : 3 perlawanan.
Tiga kali menang: 
➥ 4-1 vs Stoke
➥ 3-1 vs West Ham
➥ 2-1 vs Manchester United

4-4-1-1 : 1 perlawanan.
Satu kekalahan:
  0-1 vs Manchester United

3 Pemain pertahanan: 6 perlawanan, 0 menang, 4 seri, 2 kalah.

3-4-3 :  2 perlawanan
  Satu seri: 1-1 vs Everton
  Satu kekalahan : 2-4 vs Leicester

➤ 3-4-2-1 : 2 perlawanan.
➥ Satu seri : 1-1 vs Southampton
➥ Satu kekalahan : 1-3 vs Chelsea

➤ 3-5-1-1 : 1 perlawanan.
➥ Satu seri : 1-1 vs Gladbach

➤ 3-5-2 -: 1 perlawanan.
➥ Satu seri : 1-1 vs Celtic

Jika mengikut kepada statistik musim lalu, Guardiola lebih berjaya dengan formasi ataupun sistem 4-3-3  (empat pemain pertahanan).

Namun jika mengikut kejayaan pada perlawanan pra musim, beliau berjaya dalam formasi tiga pemain pertahanan.

Adakah beliau bakal menggunakan formasi ataupun sistem tiga pemain pertahanan pada musim depan?

Post a Comment

Previous Post Next Post