Persiapan Pra Musim Atletico Madrid catat keputusan seri 0-0 bertemu Getafe


Diego Simeone mempunyai satu perlawanan pra-musim terakhir untuk mempersiapkan Atletico Madrid dalam kempen LaLiga 2017/18 selepas seri tanpa jaringan menentang Getafe.

Perlawanan pertama Atletico Madrid dalam saingan LaLiga 17/18 bakal menemukan pasukan itu bersama Girona ditempat lawan pada Sabtu, 20 Ogos.

Manakala Getafe pula bakal berkunjung ke tempat lawan menentang Athletic Bilbao pada Isnin, 21 Ogos.



Atletico Madrid dalam aksi perlawanan persahabatan menentang Getafe hanya mampu seri 0-0 di Coliseum Alfonso Perez malam tadi.

Pasukan ini dalam persiapan terakhir mereka bagi menghadapi saingan LaLiga 17/18, menerima rangsangan apabila muncul Juara kejohanan Piala Audi apabila berjaya mengalahkan Liverpool menerusi penalti di perlawanan akhir kejohanan tersebut.

Disamping itu juga mereka berjaya mengatasi pasukan baru yang menyertai Liga Perdana Inggeris, Brighton and Hove Albion hujung minggu lalu dalam aksi persahabatan.

Namun, mereka menghadapi kesukaran apabila menentang pasukan baru dinaikkan menyertai LaLiga musim ini Getafe, apabila hanya mampu seri walaupun membariskan pemain utama mereka.

Dalam perlawanan itu, Diego Simeone telah menurunkan kesebelasan utama yang menampilkan pemain seperti Antoine Griezmann, Fernando Torres dan Koke. 

Atletico bakal beraksi sekali lagi dalam perlawanan persahabatan menentang Leganes sebelum memulakan kempen liga menentang Girona pada hujung minggu depan.

Namun sayangnya tiada aksi daripada pemain Arsenal yang dipinjamkan, Emiliano Matinez. Beliau hanya berada dibangku simpanan pada perlawanan persahabatan ini dengan Getafe menurunkan penjaga gol utama mereka Vicente Guaita Panadero.

Post a Comment

Previous Post Next Post