Selesaikan isu kontrak Wenger secepat mungkin.


Pemegang saham Arsenal dilaporkan bercadang untuk menggesa pihak Lembaga Pengarah untuk menyelesaikan isu kontrak Wenger bersama Arsenal (masa depan Wenger bersama Arsenal) dengan lebih cepat musim depan.

Cadangan gesaan tersebut bakal dilakukan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Arsenal  yang dijadualkan pada 26 Oktober ini.

Laporan yang dikeluarkan oleh Telegraph turut menyatakan dimana gesaan oleh pemegang saham itu bakal dibuat bagi mengelakkan isu sama terjadi pada musim ini dimana Wenger hanya bersetuju untuk menyambung kontrak disaat-saat akhir yang mengundang rasa tidak selesa dikalangan pemain dan juga peminat.



Gesaan tersebut bertujuan supaya pihak Lembaga Pengarah menyelesaikan isu masa depan Wenger bersama Arsenal sebelum berakhirnya aksi liga musim depan dan ini dijangka mampu menyelesaikan isu perpindahan selain membentuk skuad yang mantap dalam mengharungi musim (liga) seterusnya.

Masa depan Wenger bersama Arsenal harus diputuskan lebih cepat.
Wenger sebelum ini turut mengakui dimana kesilapan beliau yang lewat / lambat membuat keputusan menimbulkan sedikit masalah dikalangan pemain yang mahukan kepastian mengenai masa depan beliau bersama Arsenal.

“I created, with my not deciding, a lack of clarity in the dressing room - and there’s nothing worse than that in the dressing room.”

“When you’re not completely in, or the players feel you’re not completely in, it’s difficult to tell them ‘we go’. So at some stage I had to tell them, look guys, 'I’m with you, but we have to win games.’"

Kajian ataupun soal selidik yang dijalankan oleh Arsenal Supporters’ Trust menjelang AGM minggu ini mendapati 90% responden bersetuju untuk pihak kelab mengeluarkan keputusan mengenai masa depan Wenger bersama Arsenal sebelum berakhirnya kontrak beliau pada Mei 2019.

Selain isu kontrak Wenger, dijangkakan soalan mengenai kontrak pemain yang bakal berakhir seperti  Alexis Sanchez, Mesut Ozil dan Jack Wilshere turut menjadi perhatian memandangkan perunding kontrak Dick Law tidak lagi bersama Arsenal.

Kontrak 3 pemain sensasi Arsenal bakal diutarakan pada AGM nanti.
Kontrak Wenger bakal berakhir pada Mei 2019 dan sebarang keputusan mengenai siapakah yang bakal menjadi pengurus Arsenal ataupun sebarang keputusan untuk mengekalkan Wenger haruslah dibuat sebelum berakhirnya tarikh tersebut bagi mengelakan peristiwa sama berulang.

Post a Comment

Previous Post Next Post