Lacazette berjaya menjaringkan satu gol pada pertemuan menentang Everton Ahad lalu  dan gaya beliau meraikan gol ketika itu sangat berbeza dengan apa yang dilakukan beliau sebelum ini.

Jika sebelum ini, beliau akan mengayakan 'tiupan trumpet' (gambar diatas) setiap kali meraikan gol dijaringkan beliau, namun pada pertemuan itu, beliau telah menukarkan gaya sambutan ataupun gaya meraikan gol beliau dengan isyarat 'vulcan'.
Isyarat Vulcan.
*Isyarat ataupun gaya sambutan Vulcan adalah gerak tangan yang dipopularkan oleh siri televisyen Star Trek pada zaman 1960-an.

Berikut adalah gaya sambutan terbaru ketika meraikan gol pada pertemuan menentang Everton tempoh hari yang ditujukan kepada rakan baik beliau Corentin Tolisso.
Beliau (Lacazette) dan Tolisso merupakan sahabat karib dan juga merupakan bekas rakan sepasukan ketika bersama Lyon serta kedua-duanya merupakan rakan sepasukan bagi skuad kebangsaan Perancis.



Bertukar gaya sambutan

Menariknya, Tolisso turut membalas gaya jaringan Lacazette apabila berjaya menjaringan gol ketika membantu Bayern Munich menewaskan Hamburg 1-0.
Tolisso, 23 tahun menyertai Bayern Munich pada 14 Jun lalu, kebiasaannya meraikan gol dengan menggayakan isyarat Vulcan, namun pada pertemuan itu beliau telah meraikan dengan menggayakan isyarat yang menjadi kegemaran Lacazette.

Post a Comment

Previous Post Next Post