Everton kini tanpa pengurus.

MENGEJUTKAN. Pengendali skuad Everton, Ronald Koeman 'diumumkan' telah meninggalkan Everton selepas hanya 16 bulan mengendalikan skuad itu.

Pengumuman tersebut dibuat melalui laman rasmi kelab Everton dan berikut adalah kenyataan yang dimuat naik pada laman sosial Twitter rasmi kelab itu.
Koeman, 54 tahun sebelum ini pernah dikaitkan untuk menggantikan  Luis Enrique yang membimbing Barcelona namun kekalahan 5-2 kepada Arsenal tempoh hari mengubah segalanya.



Everton dibawah kendalian Koeman musim ini telah membelanjakan hampir £142 juta bagi urusan pembelian pemain dalam usaha kelab itu untuk menempatkan diri dikalangan 4 pasukan teratas musim ini selepas berjaya menamatkan ditangga ketujuh liga musim lalu.

Penjualan Lukaku dan kemasukan Rooney sebagai pengganti kepada penjaring terbanyak Everton musim lalu,  dilihat masih gagal untuk menghadirkan gerun kepada pihak lawan serta menjadikan kelab ini kuasa pencabar liga.
Dengan berada ditangga ke-18 liga ketika ini, Everton berdepan tugas sukar untuk mengembalikan prestasi terbaik pasukan itu dengan hanya mengumpul lapan mata serta berada didalam kelompok pasukan di zon penyingkiran.

Kedudukan Everton ketika ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Selain berada didalam zon penyingkiran liga, Everton juga turut berada didalam kedudukan yang tidak memberangsangkan didalam saingan Liga Europa apabila ketika ini berada ditangga terbawah dengan hanya mengumpul satu mata daripada tiga perlawanan.

Ketika ini nama-nama seperti Paulo Fonseca (pengendali Shakhtar Donetsk) dikaitkan untuk mengisi kekosongan ini selain Eddie Howe, David Moyes dan Carlo Ancelotti turut dikaitkan untuk menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Koeman.

Post a Comment

Previous Post Next Post