Berapa jumlah pendapatan yang diterima oleh Ahli Pengarah Arsenal (BOD)


Arsenal hanya memiliki enam Ahli Lembaga Pengarah (BOD) dan hanya dua orang sahaja daripada senarai BOD yang menerima gaji manakala selainnya sekadar menerima elaun berdasarkan jawatan yang disandang itu.

Gazidis dan setiausaha, Ken Friar merupakan dua individu yang berada dalam senarai BOD ketika ini menerima gaji mereka dengan Gazidis menerima gaji yang paling tinggi.

Anda pasti terkejut dengan jumlah yang diterima beliau (secara tahunan).

Gazidis menerima gaji sebanyak £2.62juta setahun kira-kira £218,333 sebulan bagi jawatan yang disandang beliau selaku Ketua Ekskutif Arsenal manakala Setiausaha Arsenal pula menerima sebanyak  £664,000 setahun (£55.3k sebulan).

Ken Friar (kiri) dan Ivan Gazidis (kanan) merupakan dua ahli pengarah yang menerima gaji dengan jawatan yang disandang mereka.
Namun pendapatan Gazidis bagi tahun 2017 dilihat sedikit menyusut berbanding tahun lalu dimana beliau menerima sebanyak £2.65juta.

Manakala Ahli Lembaga Pengarah yang lain seperti Sir Chips Keswick, Lord Harris dan JW dan ES Kroenkes menerima elaun tahun sebanyak  £25,000.

Sir Chips Keswick (kanan) tidak menerima apa-apa daripada jawatan yang disandang beliau.
Sumber: Mirror

Post a Comment

Previous Post Next Post