Thomas Lemar, pemain kelab AS Monaco yang dikatakan menjadi sasaran Arsenal pada jendela perpindahan lalu sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan menyertai Arsenal pada jendela perpindahan Januari nanti.
Dan kali ini, menurut laporan Daily Mail, Arsenal sekali lagi bakal membuat tawaran bagi mendapatkan pemain tersebut namun jumlah tawaran yang bakal dibuat itu dikatakan lebih rendah daripada apa yang pernah ditawarkan Arsenal kepada Monaco sebelum ini.
Sebelum ini, Arsenal dilaporkan telah membuat tawaran sebanyak £90juta bagi mendapatkan Lemar kepada Monaco namun urusan perpindahan tersebut gagal menemui jalan penyelesaian yang akhirnya menyaksikan Lemar kekal bersama Monaco.
Bagaimanapun menurut laporan itu juga, Arsenal terlebih dahulu terpaksa menjual salah seorang ataupun kedua-dua pemain mereka iaitu Ozil dan Sanchez jika mahu membawa Lemar menyertai mereka pada Januari nanti bagi mengimbangi kewangan mereka.
Selain Lemar, gossip perpindahan Arsenal turut dikaitkan dengan Raul Sanllehi (Pengarah Bolasepak Barcelona) yang mana dikatakan bakal meninggalkan kelab Catalan tersebut pada Januari nanti.
Raul Sanllehi dikatakan bakal meninggalkan Barcelona Januari nanti selepas 15 tahun bersama kelab tersebut. |
Sanllehi sebelum ini dikatakan bakal menyertai Manchester City, namun menurut seumber terkini, beliau dijangka bakal menyertai Arsenal dan beliau bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh DIck Law ('transfer negotiator' Arsenal sebelum ini).
Dan jika Sanllehi berjaya menyertai Arsenal, ini bakal menunjukkan tindakan berjaya Ivan Gazidis dalam membentuk struktur baru dalam barisan belakang tabir Arsenal selepas berjaya membawa masuk Sven Mislintat daripada Borussia Dortmund sebagai ketua pemantau (scout) baru Arsenal dan mengekalkan Steve Rowley selaku penasihat.