Wenger perlu jujur terhadap Wilshere


Masa depan Jack Wilshere bersama Arsenal masih diselubungi tanda tanda walaupun beliau sendiri telah mengeluarkan kenyataan mahu kekal dan bermain bersama Arsenal.

Kontrak beliau bakal berakhir dipenghujung musim ini dan menurut laporan yang dikeluarkan oleh Daily Mail, Wilshere mahukan Wenger jujur terhadap beliau mengenai masa depannya bersama Arsenal.
Jack Wilshere admits he might need to leave Arsenal in January as he reveals he has asked Arsene Wenger for an 'honest' conversation about his future
Wilshere dikatakan mahu berbincang dan berunding mengenai masa depan beliau bersama Arsenal dan berharap Wenger akan memberikan pendapat yang jujur dalam perbincangan tersebut mengenai masa depan beliau bersama Arsenal.



Walaupun sebelum ini beliau sentiasa dihantui dengan kecederaan yang seterusnya merencatkan tahap kecergasan beliau, namun ketika ini Wilshere dilihat berjaya mengatasi masalah tersebut dan sememangnya beliau berharap dapat beraksi didalam kesebelasan utama Arsenal dalam saingan liga.

Dan peluang tersebut dilihat semakin sukar dengan Wenger lebih mengutamakan gandingan Ozil dan Sanchez bagi membantu serta menggerakkan jentera serangan Arsenal manakala pada posisi tengah, Wenger cenderung menggunakan gandingan Ramsey bersama Xhaka.

Dengan Kejohanan Piala Dunia bakal berlangsung tahun depan, Wilshere turut berhasrat untuk bermain mewakili England dan hasrat beliau itu terbantut ketika ini apabila pengurus pasukan England, Gareth Southgate telah menjelaskan dimana beliau perlu kerap bermain bersama Arsenal dalam kesebelasan utama sebelum dipanggil menyertai England. 

Wilshere turut ditanya (menurut laporan tersebut) mengenai adakah beliau bakal meninggalkan Arsenal menjelang jendela perpindahan ini bagi memenuhi hasrat itu (mewakili England), Wilshere menjelaskan bahawa beliau akan berbincang mengenai hal ini bersama Wenger terlebih dahulu.

Rasa cinta dan sayang Wilshere (25 tahun) terhadap Arsenal sukar untuk dinafikan memandangkan beliau telah menyertai kelab ini pada usia sembilan tahun.

"Masih ada sebulan lagi untuk saya mengadakan perbincangan bersama Wenger sebelum membuat sebarang keputusan mengenai isu ini memandangkan saya hanya berbaki enam bulan (kontrak) menjelang Januari nanti"

"Kita akan tentukan apa yang bakal berlaku selepas itu dan saya akan berbincang bersama Wenger"

"Kami telah mengenali sesama kami untuk tempoh yang begitu lama dan memiliki hubungan yang begitu baik jadi ianya tidak menjadi satu masalah buat kami untuk berterus terang (jujur) sesama kami"
But at the same time as well, the boss has got to be honest with me and I'm sure he will. - Jack Wilshere.
Walaupun masih belum diberi peluang untuk bersama dalam skuad utama Arsenal dalam menghadapi saingan liga, namun Jack Wilshere menegaskan beliau masih gembira bersama Arsenal dan mahu kekal bersama kelab yang disayangi beliau ini (Arsenal).

Dan perbincangan jujur diantara mereka (Wilshere dan Wenger) bakal menentu nasib pemain ini bersama Arsenal.

Kekal atau tidak ... keputusan yang perlu dihormati dan  diterima dengan terbuka baik Wilshere mahupun penyokong Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post