Saingan Liga Perdana Inggeris musim 2017/18 baru sahaja menamatkan perlawanan ke-11 liga dan bakal berehat selama dua minggu bagi memberi laluan kepada 'international break'.
Arsenal bakal menyambung kembali aksi liga pada 18 November ini apabila menerima kunjungan musuh tradisi, Tottenham Hotspur di Stadium Emirates.
Setakat ini, dengan 11 perlawanan liga diharungi, Arsenal telah melakukan sebanyak 1237km jarak larian yang dibuat merangkumi 11 perlawanan ini.
Ibarat jarak dari Johor Bharu pergi ke Kayu Hitam, Kedah dan sambung semula ke Pengkalan Chepa, Kelantan.
Jarak yang dibuat oleh Arsenal itu bagaimanapun tidaklah sejauh yang dibuat oleh Bournemouth yang telah melakukan 'distance covered' sejauh 1256km.
Berikut adalah kedudukan setiap pasukan yang membuat 'distance covered' mengikut jarak dalam kilometer (km).
Berikut adalah kedudukan setiap pasukan yang membuat 'distance covered' mengikut jarak dalam kilometer (km).
Kedudukan | Pasukan | Jarak (km) |
---|---|---|
1 | Bournemouth | 1256 |
2 | West Brom | 1247 |
3 | Spurs | 1246 |
4 | Watford | 1241 |
5 | Burnely | 1238 |
6 | Arsenal | 1237 |
7 | Chelsea | 1234 |
8 | Brighton | 1225 |
9 | Man.City | 1225 |
10 | Hudderfields | 1221 |
11 | Liverpool | 1217 |
12 | Newscastle | 1213 |
13 | Everton | 1209 |
14 | Crystal Palace | 1201 |
15 | Leicester City | 1195 |
16 | Southampton | 1194 |
17 | Stoke | 1183 |
18 | Swansea | 1182 |
19 | West Ham | 1162 |
20 | Man. United | 1162 |
Bagi individu pula, pemain Burnley, Jack Cork telah melakukan jarak terbanyak dengan membuat 133km dalam 11 perlawanan dan diikuti oleh pemain Watford, Doucouré dengan jarak 130km, Pascal Groß dari Brighton melakukan sejauh 129km begitu juga dengan rakan sepasukan beliau, Dale Stephens yang melakukan sejauh 127km.
Apa yang dimaksudkan dengan 'distance covered'?
Secara umumnya ianya menceritakan nilai kerja - 'work rate' sesebuah pasukan dan juga individu.
Jika nilai yang dilakukan merujuk kepada 'distance covered' oleh sesebuah pasukan mahupun individu itu tinggi, maka ianya menjelaskan sesebuah pasukan itu ataupun individu (pemain) tersebut telah berusaha keras - melakukan kerja kuat.
Baik ketika memiliki bola ataupun ketika di dalam usaha untuk merampas bola.
Kegunaan Dalam Data Analisis
Selain menceritakan pergerakan pemain-pemain dipadang secara keseluruhan (sebagai atau secara berpasukan), ianya turut berguna dalam data analisis pemain secara individu untuk mengetahui posisi pemain dan kuantiti sudut pemain (posisi) setiap kali berada diatas padang.
Dan ianya juga dapat mengenalpasti posisi manakah begitu efisien setiap kali perlawanan bagi sesebuah pasukan.
Namun 'distance covered' ini banyak bergantung kepada taktikal sesebuah pasukan dan ianya tidak mencerminkan kekuatan sesebuah pasukan.
Cuma era bolasepak moden, ianya memerlukan pemain yang mampu bergerak dengan lebih pantas serta mengekalkan kecergasan ketika perlawanan.
Dengan adanya teknologi untuk mengukur dan mengenal pasti kemampuan individu (pemain bolasepak) tersebut untuk berlari sepanjang 90 minit masa perlawanan, ianya dapat membantu seseorang pengurus ataupun pengendali (jurulatih) untuk menentukan bilakah waktu seseorang pemain itu patut dikeluarkan atau patut dimasukkan.
Erti kata lain, teknologi ini dapat membantu pengendali mengenal pasti kemampuan seseorang itu untuk beraksi dalam sesuatu perlawanan. Jika tempo perlawanan begitu laju, kemungkinan seseorang pemain itu tidak mampu untuk beraksi bagi tempoh 90 minit.
Bagi perlawanan yang mempunyai high-intensity, kekuatan pemain tengah memainkan peranan penting dalam mengawal serta mengaturkan pergerakan pemainan pasukan bagi mengimbangi kelebihan pemain yang ada serta mengurangkan kepenatan rakan sepasukan.
Secara generalnya, seseorang pemain tengah lebih banyak menggunakan tenaga dan berlari kerana terpaksa bekerja (menolong) pada barisan depan (menyerang) dan juga pada barisan pertahanan (membantu ketika bertahan).
Kajian mendapati seseorang pemain bolasepak hanya berlari 70% daripada masa sebenar perlawanan.
Dalam dunia serba canggih, terdapat beberapa kaedah bagi mengukur pergerakan pemain diatas padang, antara yang biasa digunakan bagi pasukan itu sendiri adalah dengan menggunakan teknologi daripada syarikat analisis sukan, ProZone.
Malahan pemain yang menggunakan 'boot' keluaran Adidas juga mampu menghasilkan data dengan menggunakan miCoach Speed Cell yang mana ianya mampu mengeluarkan data seperti pemain berlari dan ketika pemain berjalan (rest period) termasuklah 'distance covered' pemain tersebut.
Ada juga pasukan yang mengenakan 'vest' yang dilengkapi dengan teknologi pengesan kepada pemain untuk mendapatkan data-data seperti denyutan jantung dan pergerakan pemain itu sendiri.
Ada juga pasukan yang mengenakan 'vest' yang dilengkapi dengan teknologi pengesan kepada pemain untuk mendapatkan data-data seperti denyutan jantung dan pergerakan pemain itu sendiri.
Namun terdapat juga software yang mampu menghasilkan data-data sebegini dengan menggunakan 'marker' pada setiap pemain (sebelum sepak mula dimulakan) untuk mengesan pergerakan pemain tersebut.
Berikut dua video yang menceritakan bagaimana pergerakan pemain ini diukur menggunakan kamera dan perisian komputer (software).
Berikut dua video yang menceritakan bagaimana pergerakan pemain ini diukur menggunakan kamera dan perisian komputer (software).
Video 1
Video 2
Melalui tekonologi dan data yang diperolehi, ianya dapat membantu seseorang pengendali pasukan untuk menentukan jenis taktikal yang bersesuaian dengan pemain yang ada bagi menghadapi sesebuah perlawanan.
Oleh itu, jenis-jenis latihan juga harus berdasarkan kepada keperluan khusus kedudukan (posisi) seseorang pemain itu untuk bermain ataupun beraksi bagi memastikan pemain tersebut mampu melaksanakan taktikal yang diterapkan dalam permainan / perlawanan.
Individu
Player | Team | Distance |
---|---|---|
J Cork | Burnley | 133km |
A Doucoure | Watford | 130km |
P Gross | Brighton | 129km |
N Matic | Man Utd | 128km |
D Stephens | Brighton | 127km |
C Eriksen | Tottenham | 126km |
D Propper | Brighton | 126km |
G Xhaka | Arsenal | 126km |
W Ndidi | Leicester | 125km |
J Rodriguez | West Brom | 125km |