3 pemain lagenda Arsenal 'hentam' Wenger.


Ekoran kekalahan 3-1 kepada Manchester City minggu lalu, Arsene Wenger 'dihentam' oleh tiga lagenda kelab iaitu Dixon, Petit, Graham

Dua daripada lagenda kelab yang mengkritik Wenger merupakan bekas pemain yang pernah beraksi dibawah kendalian Wenger manakala seorang lagi lagenda kelab yang mengkritik Wenger adalah George Graham yang merupakan bekas pengurus Arsenal.

Bekas pemain Arsenal, Lee Dixon dan Emmanuel Petit mengkritik taktikal yang digunakan Wenger dan pasukan (pemain) yang tidak berjaya mempamerkan aksi menyakinkan manakala bekas pengurus Arsenal, George Graham meluahkan kekecewaan serta mempertikaikan pihak lembaga pengarah Arsenal.



Dalam temuramah bersama The Guardian, Graham telah meluahkan bahawa kekecewaan beliau terhadap Ahli Lembaga Pengarah (BOD) yang tidak melakukan sebarang perubahan dengan menyifatkan Arsenal tidak memiliki BOD.
There is no board at Arsenal and that 'nothing changes' despite the team's lack of success in the league. - George Graham
Luahan beliau itu merujuk kepada (dalam memberi respon) terhadap Mesyuarat Agung Tahunan yang baru berakhir dengan Pengerusi Arsenal, Sir Chips Keswick serta barisan BOD yang lain tidak menjawab soalan daripada pemegang saham yang hadir mengenai perkembangan Arsenal.  
There are questions they're obviously not going to answer. I heard (chief executive Ivan) Gazidis say they were over-performing. Over-performing? - George Graham
Kekalahan keempat Arsenal dalam saingan liga dan ditangan City sekali gus menjarakkan jurang diantara kedua-dua kelab ini dengan City kini mendahului liga meninggalkan Arsenal ditangga kelima liga (perbezaan 12 mata).

Graham, 72 tahun pernah membimbing Arsenal dari tahun 1986–1995 terkenal dengan taktikal (corak) bertahan turut menegaskan dimana masalah utama yang dihadapi oleh Arsenal ketika ini adalah pada  bahagian pertahanan yang disifatkan terlalu lemah ketika ini.

George Graham berjaya membawa Arsenal menjulang Piala FA (1992/93) dan UEFA Cup Winners' Cup pada musim 1993–94 selaku pengurus.
Namun menurut beliau lagi, Wenger telah melakukan kerja beliau di Arsenal dengan baik dan telah mencipta perubahan pada bolasepak Inggeris. 
He’s been great for the English game, great for Arsenal. - Graham 
George Graham pernah mewakili atau bersama Arsenal pada tahun 1966 sehingga 1972 dengan mengecapi kejayaan menjuarai :

➧ Inter-Cities Fairs Cup pada musim 1969/70.
➧ First Division pada musim 1970/71.
➧ FA Cup pada musim 1970/71.



Lee Dixon mewakili Arsenal pada tahun 1988 sehingga tahun 2002.
Dixon, yang pernah memenangi kejuaraan berganda dibawah kendalian Arsene Wenger menyifatkan masalah yang dihadapi oleh Arsenal tidak dapat (tidak akan) diselesaikan selagi Wenger menjadi pengurus pasukan itu sebagaimana luahan beliau melalui BBC Radio 5 Live

Beliau turut mempertikai kan taktikal Wenger menghadapi City yang menyebabkan kegagalan Arsenal menewaskan lawan mereka.

Pemain-pemain seolah tidak memahami taktikal yang diterapkan apabila gagal untuk melakukan sesuatu apabila kehilangan bola.
He has created an environment that doesn't really know what they're doing without the ball. Just running willy-nilly at the ball is a disaster against Man City.
Petit pernah mewakili Arsenal pada tahun 1997 hingga 2000.
Manakala Petit yang juga pernah memenangi kejuaraan berganda dibawah kendalian Wenger turut meluahkan pendapat yang sama ( seperti Dixon) melalui termurah yang dikeluarkan oleh Paddy Power.
At the moment, every time Arsenal have the ball, they are a danger to themselves, because as soon as they lose it, they look disorganised. There is no balance in this team -- they lack concentration - Petit
Beliau juga turut meletakkan kesalahan (kekalahan) ini kepada pemain yang kerap melakukan kesilapan mudah sekaligus memberi peluang kepada pihak lawan (City) untuk menguasai perlawanan dan menghukum Arsenal.

Selain itu, tahap keyakinan pemain turut dipersoalkan oleh Petit pada perlawanan tersebut (menentang City) yang menyaksikan pemain Arsenal gagal memberikan 100% pada perlawanan itu.

Dan beliau menegaskan masalah utama Arsenal ketika ini adalah berpunca daripada mental pemain yang tidak memiliki semangat juang untuk mencapai kejayaan (kemenangan).
Arsenal's problems are mostly mental, not technical. Motivation is a major problem for several of Arsenal's players -- it's clear that they aren't always giving 100 percent out there. When the chips are down, several of them keep going missing. Sometimes talent wins you games, but sometimes spirit is also vital. - Petit.


Sumber asal: ESPN

Post a Comment

Previous Post Next Post