Tiada rungutan daripada Lacazette


Pemain ataupun penyerang termahal yang pernah dibeli oleh Arsenal setakat ini, Alexandre Lacazette tidak mengeluh mahupun kecewa dengan situasi beliau bersama Arsenal ketika ini.

Ahad lalu ketika menentang City, beliau sekadar memulakan perlawanan dibangku simpanan dan hanya dimasukkan pada minit ke-56 masa perlawanan.

Dan pada minit ke-65, beliau berjaya menjaringkan gol tunggal buat pasukan Arsenal yang tewas 3-1 kepada pasukan tuan rumah, Manchester City.

Lacazette menjaringkan gol tunggal Arsenal ketika Arsenal tewas 3-1 ditangan City, Ahad lalu.
Tindakan Wenger yang tidak menurunkan pemain ini dalam kesebelasan utama Arsenal ketika menghadapi City tempoh hari mendapat kritikan daripada peminat dan juga penganalisa bolasepak dunia mengenai tindakan dan percaturan Arsene Wenger.

Ini bukan kali pertama Wenger bertindak untuk tidak menyenaraikan pemain termahal Arsenal ini.  



Pada pertemuan menentang Liverpool (27 Ogos 2017), Lacazette juga bermula dibangku simpanan dan hanya masuk beraksi pada minit ke-62 perlawanan yang menyaksikan kekalahan memalukan Arsenal musim ini (setakat ini) apabila tewas 4-0 ditangan Liverpool.

Keputusan perlawanan -Liverpool vs Arsenal, 27 Ogos 2017.

Tindakan Wenger yang memulakan pemain ini pada bangku simpanan pada perlawanan penting (menentang pasukan besar) mencetuskan persoalan dikalangan peminat dan penyokong Arsenal sehinggakan mengaitkan perasaan tidak gembira Lacazette bersama Arsenal (dakwaan Lacazette tidak gembira bersama Arsenal ketika ini).

Namun menurut ejen pemain tersebut, David Venditelli dalam temuramah beliau bersama SFR Sport; beliau mendedahkan dimana Lacazette ketika ini tidak mempunyai sebarang masalah dengan situasi yang dikaitkan dengan pemain kebangsaan Perancis ini.

Terjemahan (rumusan) melalui twitter 

It's not worrying, because he played at Chelsea. Our way of working is to make things relative: 11 matches, nine starts. Of course, it's not nice to see that he didn't start that match, but it was - as Arsene Wenger explained - for tactical reasons. - ESPN
Menurut ejen kepada pemain itu lagi, walaupun Lacazette ingin sentiasa beraksi dalam setiap perlawanan namun pemain itu sentiasa menghormati segala keputusan yang dibuat oleh Wenger dan buat masa ini tiada sebarang perselisihan mahupun rasa kecewa yang timbul pada pemain tersebut.

Malah hubungan pemain tersebut bersama pengurus dan juga kakitangan Arsenal yang lain masih lagi mesra sambil Venditelli turut mengakui buat masa ini tiada sebarang rungutan daripada Lacazette mengenai situasi pemain tersebut yang masih gagal beraksi secara tetap bersama Arsenal musim ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post