Pengarah Teknikal Chelsea tinggalkan pasukan


Michael Emenalo, 52 tahun merupakan Pengarah Teknikal Chelsea telah meninggalkan kelab tersebut selepas 10 tahun bersama mereka.



Bekas pemain pertahanan dan kebangsaan Nigeria ini menyertai Chelsea pada tahun 2007 selaku pencari bakat (scout) yang mana ketika itu Chelsea dipimpin oleh Avram Grant selaku pengurus pasukan.

Dan beliau akhirnya dinaik pangkat menjadi jurulatih pasukan utama pada zaman Carlo Ancelotti.

Emenalo boleh diibaratkan sebagai orang kanan kepada pemilik kelab tersebut, Roman Abramovich dan beliau telah bekerja bersama 10 orang pengurus Chelsea semenjak menyertai pasukan itu.

Bagaimanapun menurut sumber, hubungan beliau bersama pengurus pasukan Chelsea yang kini dipimpin oleh Antonio Conte menjadi punca mengapa beliau akhirnya melepas jawatan selaku Pengarah Teknikal pasukan tersebut.

Beliau yang memegang jawatan sebagai Pengarah Teknikal Chelsea pada tahun 2011 merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam membawa bintang Chelsea seperti Eden Hazard, Cesar Azpilicueta, Thibaut Courtois, Kevin De Bruyne dan Romelu Lukaku menyertai pasukan itu dahulu.

Namun kegagalan Chelsea mendapatkan pemain yang dikehendaki oleh Conte mencetuskan situasi tegang diantara kedua-dua individu tersebut yang akhirnya melihatkan Emenalo berundur daripada pasukan itu.

Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia turut dilaporkan terlibat dalam situasi yang melibatkan pengunduran Emenalo.
Berita mengenai pengunduran Emenalo telah dilaporkan pada laman rasmi Chelsea dan dijangkakan pasukan tersebut bakal melantik pengganti kepada Emenalo sebelum jendela perpindahan dibuka semula pada bulan Januari nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post