Alex Oxlade-Chamberlain dedahkan saat paling memalukan ketika bersama Arsenal


Bekas pemain Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain yang kini menyertai Liverpool mendedahkan saat paling memalukan beliau ketika masih bersama Arsenal.

Dan kenangan yang dianggap paling memalukan beliau itu turut menjadi kenangan bagi peminat dan penyokong Arsenal.


Insiden dimana Kieran Gibbs diperintahkan keluar padang setelah menerima kad merah hasil kesilapan pengadil yang tidak dapat membezakan antara Gibbs dan Chamberlain pasti tidak dapat dilupakan oleh peminat dan penyokong Arsenal sehingga kini.



Dalam perlawanan tersebut, Chamberlain melakukan kesilapan apabila menggunakan tangan untuk menyelamatkan pintu gol Arsenal dalam perlawanan pada 22 Mac 2014 ketika Arsenal tewas 6-0 ditangan Chelsea.


Namun kesilapan pengadil melayangkan kad merah kepada Gibbs dianggap peristiwa paling memalukan beliau dalam sejarah bersama Arsenal.

Walaupun beliau telah mengaku kepada pengadil bahawa beliau merupakan individu yang melakukan kesilapan tersebut, namun pengadil tetap dengan keputusan untuk menghantar Gibbs keluar padang.


"I thought I was (Gianluigi) Buffon in goal at Stamford Bridge and I tipped the ball around the post. Then Kieran Gibbs got sent off instead of me"

"I went to the referee to try and tell him it was me but it was mistaken identity. He didn’t want to know."

"That was pretty embarrassing."

Post a Comment

Previous Post Next Post