Kenali Michael Oliver.

 Michael Oliver. Kredit gambar : The Sun
Pada usia 25 tahun, beliau menjadi pengadil termuda dalam sejarah Liga Perdana apabila menjadi pegawai bertugas dalam mengadili perlawanan  Birmingham City menentang Blackburn Rovers pada Ogos 2010.

Semenjak itu, beliau menjadi salah seorang pengadil ataupun pegawai perlawanan yang dikira 'terhebat' dan menjadi pilihan dalam mengadili (menjadi pengadil) ataupun pegawai rasmi perlawanan liga.

Rekod Liga Perdana Inggeris
Perlawanan 183
Kad Kuning 598
Kad Merah 25

'Kehebatan' beliau mula terselah apabila beliau mula terpilih untuk berada didalam senarai ataupun kumpulan pengadil  yang dikenali 'Select Group of referees' pada musim 2010/11.

Namun sebelum beliau berjaya menempatkan diri dalam kelompok elit pengadil-pengadil Liga Perdana, beliau terlebih dahulu menghabiskan tiga tahun untuk mengusai ilmu pengadilan serta empat tahun bertugas menjadi pengadil diperingkat liga komuniti.

Oliver merupakan pengadil termuda dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.
Bakat dan kebolehan beliau yang begitu mengagumkan dalam mengadili perlawanan Liga Perdana Inggeris, akhirnya dikesan oleh FIFA dan pada tahun 2012 (hanya dua musim selepas menjadi pengadil Liga Perdana) beliau telah disenaraikan didalam pengadil FIFA yang melayakkan beliau untuk menjadi pegawai bertugas didalam mengadili perlawanan peringkat Eropah (Liga Juara-Juara dan Liga Europa) serta peringkat antarabangsa.



Statistik Layangan Kad oleh Michael Oliver

Musim Perlawanan Kad Kuning Purata Kad Merah Purata
2006–07 12 26 2.17 3 0.27
2007–08 29 73 2.52 6 0.21
2008–09 41 101 2.46 5 0.12
2009–10 27 74 2.74 7 0.26
2010–11 29 83 2.86 6 0.21
2011–12 36 94 2.61 4 0.11
2012–13 39 105 2.69 1 0.03
2013–14 40 141 3.53 4 0.1
2014–15 39 137 3.51 6 0.15
2015–16 36 131 3.64 9 0.25
2016–17 44 138 3.14 5 0.11
*Data tidak termasuk musim 2017/18

Oliver vs Arsenal

Semenjak menjadi pengadil didalam Liga Perdana Inggeris pada tahun atupun musim 2010/11, beliau setakat ini telah mengadili 27 perlawanan yang melibatkan pasukan Arsenal.

Berikut adalah info layangan kad terhadap pasukan (pemain) Arsenal oleh Oliver bagi kesemua perlawanan sehingga ke saat artikel ini ditulis.

Bagi saingan liga, Oliver telah 'menghadiahkan' 47 keping kad kuning buat pemain Arsenal secara keseluruhan dan satu kad merah (straight red card) serta satu kad merah hasil daripada layangan dua kad kuning.

Oliver dalam mengadili Arsenal bagi aksi liga.

Premier League Matches W D L Y Y/R R
Home 10 4 3 3 20 - 1
Away 11 - 5 6 27 1 -
Overall 21 4 8 9 47 1 1

Manakala bagi saingan Piala FA, Oliver dalam lima perlawanan telah menghadiahkan enam kad kuning tanpa ada kad merah diberikan kepada mana-mana pemain Arsenal.

Oliver dalam mengadili Arsenal bagi aksi Piala FA

FA Cup Matches W D L Y Y/R R
Home - - - - - - -
Away 5 5 - - 6 - -
Overall 5 5 - - 6 - -

Oliver dalam mengadili Arsenal bagi aksi Piala Perisa Komuniti

Beliau juga menjadi pengadil dalam perlawanan Piala Perisai Komuniti diantara pasukan Manchester City menentang Arsenal di Wembley tahun 2014.

Dan menariknya pada perlawanan ini, tiada satu kad pun dilayangkan oleh beliau, baik kepada Arsenal mahupun kepada Manchester City.

Perlawanan berkesudahan Arsenal berjaya menewaskan City dengan keputusan 3-0 dan tiada mana-mana pemain bagi kedua-dua pasukan menerima 'hadiah' kad (kuning dan merah) daripada Oliver.


Berikut adalah perbandingan jumlah kad yang diterima oleh Arsenal dan City daripada Michael Oliver bagi saingan Liga Perdana setakat ini:

Saingan Liga Perdana
Arsenal 21 perlawanan dan City 17 Perlawanan
Piala FA
Arsenal 5 perlawanan dan City 3 perlawanan
Kad Kuning Merah Kuning Merah
Arsenal 47 1 + 1* 6 n/a
Man.City 23 n/a 1 1*
* kad merah yang diterima setelah menerima kad kuning kedua

Oliver secara keseluruhannya telah mengadili 23 perlawanan melibatkan Man.City dengan 24 kad kuning dilayangkan beliau kepada pemain City dan satu kad merah (kad kuning kedua).

Info-info lain

➽ Musim ini beliau (Oliver) telah menghadiahkan dua sepakan penalti termasuklah perlawanan Arsenal minggu lalu.

➽ Penalti pertama musim ini diberikan dalam perlawanan Manchester Untied bertemu Leicester City.

➽ Musim 2016/16 beliau telah menghadiahkan 16 sepakan penalti dalam 33 perlawanan diadili beliau.

➽ Pada 14 Ogos 2016, beliau telah menghadiahkan sepakan penalti kepada Arsenal dalam pertembungan menentang Liverpool yang berkesudahan Arsenal tewas 3-4. Theo Walcott gagal menyempurnakan penalti yang dihadiahkan oleh Oliver.

➽ 30 kali menjadi pengadil yang melibatkan perlawanan Everton.

➽ 29 kali menjadi pengadil yang melibatkan perlawanan Liverpool.

➽ 27 kali menjadi pengadil yang melibatkan perlawanan Arsenal dan Spurs.

➽ 26 kali menjadi pengadil yang melibatkan perlawanan West Brom.

➽ 25 kali menjadi pengadil yang melibatkan perlawanan Man.United.

➽ 23 kali menjadi pengadil yang melibatkan perlawanan Man.City dan Swansea

Post a Comment

Previous Post Next Post