Kali terakhir Arsenal mengenakan 'home kit' dengan seluar merah

Arsenal enggan untuk menggunakan jersi 'home' dan dipadankan dengan seluar 'away kit' bagi menghadapi perlawanan menentang West Brom lewat malam nanti.




Arsenal bakal menentang West Brom dengan menggunakan jersi 'home' namun warna seluar kedua-dua pasukan yang sama menyebabkan notis dikeluarkan kepada pasukan Arsenal menggunakan pilihan lain memandangkan West Brom selaku tuan rumah mempunyai kelebihan dalam menentukan warna dan jersi (lengkap) pada perlawanan malam ini (jam 12.30 pagi).

Home Kit Arsenal musim 2017/18.
Away Kit Arsenal 2017/18.

Arsenal 3rd Kit 2017/18.
Mengikut peraturan Liga Perdana, apabila sesuatu perlawanan liga dilangsungkan, pemain setiap kelab/pasukan yang beraksi hendaklah mengenakan jersi lengkap yang mampu membezakan - cukup kontras untuk pegawai, penonton dan penonton television dapat membezakan dengan jelas di antara kedua-dua pemain pasukan tersebut.

Kedua-dua pasukan memiliki warna sama pada seluar mereka iaitu berwarna putih dan West Brom selaku tuan rumah mempunyai keutamaan dalam memilih warna apa yang bakal mereka gunakan dan mereka telah memilih untuk menggunakan jersi home mereka.

Ini menyebabkan Arsenal terpaksa menggunakan warna alternatif pada seluar mereka pada perlawanan ini.

Manakala Jersi Away Arsenal dan Jersi Ketiga Arsenal dikatakan terlalu hampir dengan warna Jersi Utama West Brom yang bakal digunakan pada perlawanan nanti.

West Brom Home Kit 2017/18.

West Brom Away Kit 2017/18.

West Brom 3rd Kit 2017/18.
Dan difahamkan Arsenal memilih untuk tidak mahu mencampurkan warna jersi lengkap (utama) mereka dengan mana-mana seluar dari set jersi kedua mahupun ketiga.

Sebaliknya Arsenal memilih untuk menggunakan warna merah pada seluar dan stoking pada perlawanan nanti.

Penggunaan seluar berwarna merah ini merupakan kali pertama semenjak kali terakhir digunakan hampir 40 tahun dahulu.
Pengesahan mengenai warna merah (seluar ini) telah diumumkan Arsenal pada laman rasmi mereka sebagaimana gambar dibawah.



Kali terakhir Arsenal menggunakan seluar dan stoking merah adalah pada perlawanan menentang QPR yang berlangsung pada tahun 1978.

Post a Comment

Previous Post Next Post