Disebalik rekod baru yang bakal dicipta Wenger - 811

Perlawanan menentang West Brom pada awal pagi Ahad nanti menyaksikan Arsene Wenger bakal mencipta rekod baru dalam Liga Perdana Inggeris.

Sebelum ini, beliau telah menyamai rekod bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson apabila berjaya mengendali perlawanan yang ke-810 liga sebagai pengurus.



Walaupun pencapaian beliau tidak sehebat  Ferguson jika diukur pada kejuaraan yang dimilikinya namun jika dilihat dan dinilai pada keseluruhan apa yang telah beliau lakukan terhadap Arsenal, beliau sememangnya layak untuk diberikan pujian.

Mungkin kenyataan diatas ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju. Namun bagi penulis, pencapaian Wenger dalam membina Arsenal sehingga menjadi salah sebuah kelab yang berjaya dan terkenal, layak diberikan pujian dan jika pencapaian dari segi kejuaraan yang dikira, penulis juga bersetuju bahawa ianya masih gagal menyaingi Ferguson.

Pengendali berusia 68 tahun daripada Perancis ini mula mengambil alih tugas selaku pengurus Arsenal pada tahun 1996 dan ketika ini Arsenal bermain dilaman sendiri - Highbury sebelum berpindah ke Stadium Emirates 10 tahun kemudian (2006).

Pencapaian Wenger setakat ini bersama Arsenal:

Juara liga : 3 kali - 1997–98, 2001–02, 2003–04
Piala FA : 7 kali - 1997–98, 2001–02, 2002–03, 2004–05, 2013–14, 2014–15, 2016–17
Community Shield : 7 kali - 1998, 1999, 2002, 2004, 2014, 2015, 2017

KEJUARAAN BERGANDA

Arsene Wenger merupakan pengurus asing pertama yang memenagi kejuaraan berganda dalam Liga Perdana Inggeris apabila berjaya membawa Arsenal menjuarai Liga dan Piala FA pada musim 1997-1998.

Kejayaan tersebut dicipta beliau pada musim kedua mengendali Arsenal. Lebih mengagumkan dimana kejuaraan liga pada musim itu dimenangi Arsenal setelah berjaya mengejar pendahulu liga ketika itu Manchester United.

Arsenal yang ketinggalan 12 mata setelah bermain 20 perlawanan untuk mengejar pendahulu liga, United sebelum muncul juara liga berkelebihan satu mata.

Arsenal ketinggalan 12 mata memasuki perlawanan ke 21 liga.

Kejuaraan Liga milik Arsenal bagi musim 1997-1998

Arsenal kemudiannya berjaya menewaskan Newcastle United 2-0 hasil jaringan Marc Overmars dan Nicolas Anelka pada perlawanan akhir Piala FA untuk melengkapkan kejuaraan berganda musim itu.



THIERRY HENRY

Arsene Wenger pada mulanya bercadang untuk menggandingkan Anelka bersama penyerang baru yang bakal ditandatangani beliau, Thierry Henry namun niat dan cita-cita Wenger itu tidak kesampaian apabila Anelka dilepaskan setelah pemain tersebut meminta untuk dilepaskan bagi menyertai Real Madrid pada tahun 1999.

Nilai perpindahan Anelka ke Madrid dianggarkan sekitar  £23 juta manakala kedatangan Henry daripada Juventus hanya sekitar £11.5 juta (separuh daripada nilai jualan Anelka).

Lapan musim Henry bersama Arsenal, beliau telah menjaringkan 226 gol dalam kesemua kejohanan bersama Arsenal selain membuat 174 penampilan dalam aksi liga.


Rekod jaringan yang begitu cemerlang Henry itu berjaya mengatasi lagenda Arsenal, Ian Wright yang akhirnya sebuah patung (tugu) berupa beliau diluar Stadium Emirates dibina. 

Beliau kemudiannya dijual kepada Barcelona pada tahun 2007 dengan nilai perpindahan sekitar £16 juta dan kontrak beliau bersama Barcelona mempunyai klausa pelepasan bernilai £84.9 juta.

KEJUARAAN BERGANDA DI OLD TRAFFORD

Selepas mengharungi tiga musim tanpa sebarang kejuaraan, Wenger sekali lagi membawa Arsenal menjuarai kejuraaan berganda untuk kali kedua pada musim 2001-02.

Musim ini juga menyaksikan kecemerlangan Arsenal dimana hanya mencatatkan tiga kekalahan sepanjang kempen liga dan Arsenal muncul Juara Liga dengan kelebihan tujuh mata berbanding Liverpool yang menghuni tangga kedua liga dengan 80 mata ( Arsenal 87 mata).

Lebih manis kejuaraan liga ini dicapai setelah Arsenal berjaya mengalahkan Manchester United di Old Trafford dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Sylvain Wiltord pada 8 Mei 2002.

Sylvain Wiltord menjaringkan gol kemenangan Arsenal apabila berjaya menewaskan Fabien Barthez untuk menamatkan kedudukan 1-0 berpihak kepada Arsenal.
Empat hari sebelum itu, Arsenal berjaya mengalahkan musuh London mereka, Chelsea 2-0 pada perlawanan akhir Piala FA hasil jaringan Ray Parlour pada minit ke-70 dan Freddie Ljungberg pada minit ke-80.

Arsenal menjuarai liga pada musim 2001-02



THE INVINCIBLES

Satu-satunya sejarah kehebatan Wenger dalam mengemudi Arsenal adalah apabila menjuarai liga pada musim 2003-04 yang dikenali dengan pasukan dan kejuaraan 'Invincibles' apabila menamatkan saingan liga tanpa sebarang kekalahan.

Skuad The Invincibles Arsenal musim 2003-04
Arsenal menamatkan saingan liga dengan 26 kemenangan dan seri 12 perlawanan serta melepaskan gol sebanyak 26 kali bagi 38 perlawanan liga untuk memenanginya dengan rekod tanpa kalah.

Henry yang menjaringkan 30 gol pada musim itu kemudiannya dinamakan sebagai PFA Player of the Year untuk dua tahun berturut-turut disamping Ashely Cole, Sol Campbell, Lauren dan Robert Pires  berada didalam senarai pemain bagi Team of the Year.

Musim yang tidak dapat dilupakan oleh kesemua peminat dan penyokong Arsenal.

PENANTIAN 9 TAHUN

Sembilan tahun Arsenal ketandusan kejuaraan, namun kemenangan Piala FA pada musim 2013–14 dikatakan menjadi penyelamat kepada karier Arsene Wenger sebagai pengurus di Arsenal.

Kali terakhir Arsenal memenangi Piala FA (sebelum 2013-14) adalah pada musim Invisble dan semenjak itu (muncul Juara pada musim 2013-14) kempen Piala FA Arsenal dilihat cukup cemerlang dengan menjuarai dua lagi kejuaraan ini pada musim 2014–15 dan 2016–17.

Club Wins First final won Last final won Runners-up Last final lost Total final appearances
Arsenal 13 1930 2017 7 2001 20
Manchester United 12 1909 2016 7 2007 19
Tottenham Hotspur 8 1901 1991 1 1987 9
Liverpool 7 1965 2006 7 2012 14
Chelsea 7 1970 2012 5 2017 12




JUMLAH PERLAWANAN DAN JARINGAN 

Menentang Wes Brom pada awal pagi ketika sambutan tahun baru 2018 ( 12.30 malam - 1 Januari 2018, waktu Malaysia), Wenger bakal memecahkan rekod yang dipegang bersama Ferguson - 810 perlawanan dan bakal menjadikan Wenger mendahului dengan 811 perlawanan sebagai pengurus diadalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Ketika ini hanya tinggal Harry Redknapp dengan 641 perlawanan yang dilihat hampir menyamai rekod kedua-dua pengurus ini ( Wenger dan Ferguson). Manakala David Moyes (508 perlawanan), Sam Allardyce (494 perlawanan ) dan Mark Hughes dengan 442 perlawanan dilihat agak sukar untuk menyamai dan memecahkan rekod ini.

Walaupun Wenger dilihat bakal memecahkan rekod sebagai pengurus yang paling banyak mengendalikan perlawanan liga, Ferguson masih memegang rekod kemenangan terbanyak setakat ini :

Pengurus Jumlah Perlawanan Jumlah kemenangan Peratusan Jaringan
Ferguson 810 528 65.2% 1627
Wenger 810 468 57.8% 1524
Mourinho 270 171 63.3% 474

Selain rekod kemenangan terbanyak , Ferguson juga berjaya mencatatkan jumlah jaringan terbanyak (hasil daripada pasukan yang dikendalikan) mengatasi Wenger sebanyak 103 gol.

Dan begitu juga dengan peratusan kemenangan, Wenger masih ketinggalan berbanding Ferguson malahan Mourinho turut mencatatkan peratusan kemenangan lebih tinggi berbanding Wenger. Cuma dari segi jumlah perlawanan Mourinho masih lagi jauh ketinggalan daripada Wenger.

LAWAN MUDAH DAN SUKAR (PENGURUS)

Bekas pengurus kebangsaan England ini mungkin menjadi lawan (pengurus) yang mudah buat Arsene Wenger apabila berjaya mencatatkan 11 kemenangan daripada 12 pertemuan dengan pasukan yang dikendalikan oleh Steve McClaren.

Pengurus Jumlah Perlawanan Menang
Steve McClaren 12 11
Ferguson 34 10
Jose Mourinho 14 1

Manakala pengurus yang sukar buat Wenger adalah seperti Jurgen Klopp, Pep Guardiola, Roy Evans ataupun Roberto Di Matteo (sekadar menamakan beberapa pengurus). yang mana Wenger masih lagi gagal mencipta kemenangan keatas pasukan yang dibimbing oleh mereka.

REKOD KEMENANGAN DI STADIUM

Arsenal telah memenangi 145 perlawanan daripada jumlah 219 perlawanan ketika beraksi di Stadium Emirates untuk menghasilkan 66.2% ratio kemenangan dan rekod ini jauh lebih teruk jika dibandingkan ketika Arsenal bermain di Highbury (dibawah kendalian Wenger) apabila Arsenal lebih cemerlang dengan mencatatkan 134 kemenangan daripada 186 jumlah perlawanan di Highbury (70.9% - peratusan kemenangan).

Stadium Highbury
Manakala Stadium Goodison Park pula mungkin menjadi stadium kegemaran Wenger apabila berjaya mencatatkan 11 kemenangan dan lima seri daripada 22 perlawanan yang berlangsung di stadium Everton ini.

Stadium Villa Park  pula mungkin menjadi stadium kedua kegemaran Wenger apabila berjaya mencatatkan 10 kemenangan, tujuh seri dan dua kali kekalahan daripada 19 pertembungan yang berlangsung disini.

Goodison Park
Manakala Anfield, Old Trafford, Stamford Bridge serta White Hart Lane mungkin menjadi stadium yang sukar buat Wenger apabila hanya mampu mencatatkan 18 kemenangan daripada 85 perlawanan disamping hanya berjaya meraih kemenangan sebanyak enam kali di Stadium  Etihad.

Namun rekod terburuk Wenger adalah ketika beraksi di Hillsborough, Valley Parade, Bramall Lane dan stadium lama  Sunderland, Roker Park dimana beliau tidak pernah memenangi sebarang perlawanan disitu bagi saingan liga.

REKOD PERTEMUAN 

Rekod pertemuan terbaik - menentang pasukan:
Pasukan Jumlah Perlawanan Menang Seri Kalah
Everton 43 28 9 6
Leicester 20 14 6 -
Charlton Athletic 16 12 2 2
Portsmouth 6 6 - -

Lawan yang sukar buat Wenger adalah Liverpool ( 13 kemenangan daripada 43 perlawanan) dan juga Manchester United dengan 12 kemenangan daripada 43 perlawanan.



KEMENANGAN DAN KEKALAHAN TERBESAR

Biggest home defeat under Arsène Wenger:

0-5 (Chelsea (h) 11 Nov 1999 Lge Cup 4)

Read more at https://www.arsenal.com/history/club-records/record-scorelines#E1pFgyOM5xIteF5U.99
Biggest home win under Arsène Wenger:
7-0 (Everton (h) 11 May 2005 - Lge)
7-0 (Middlesbrough (h) 14 Jan 2006 - Lge)

7-0 (Slavia Prague (h) 23 Oct 2007 – UCL Grp Stge)

Read more at https://www.arsenal.com/history/club-records/record-scorelines#E1pFgyOM5xIteF5U.99
Kemenangan terbesar ditempat sendiri. 
  • 7-0 :  menenteng Everton pada 11 Mei 2005 bagi saingan liga.
  • 7-0 : menentang Middlesbrough pada 14 Januari 2006  bagi saingan liga.
  • 7-0 : menentang Slavia Prague pada 23 Oktober 2007 bagi perlawanan Liga Juara-Juara peringkat kumpulan.
Kemenangan terbesar ditempat lawan.
  • 6-0 : menentang QPR pada  27 Januari 2001 bagi saingan Piala FA.
Kekalahan terbesar ditempat sendiri. 
  • 0-5 : menentang Chelsea pada 11 November  1999 dalam saingan Piala EFL.
  • 1-5 : menentang Bayern Munich pada 7 Mac 2017 bagi perlawanan Liga Juara-Juara peringkat 16.
Kekalahan terbesar ditempat lawan.
  • 0-6 : menentang Chelsea pada 22 Mac 2014 bagi saingan liga.
  • 2-8 : menentang Man. United pada 28 Ogos 2011 bagi saingan liga.

Arsenal 7-0 Slavia Prague



Sumber dan kredit : FFT , Arsenal dan Goal

Post a Comment

Previous Post Next Post