Mike Dean, 49 tahun menjadi pengadil yang bertugas dalam perlawanan diantara West Brom menentang Arsenal malam tadi terkenal dikalangan peminat dan penyokong Arsenal yang mana beliau tidak 'menggemari' Arsenal malahan beliau turut dilabelkan selaku penyokong Spurs.
Boleh dikatakan setiap kali beliau mengadili perlawanan melibatkan Arsenal, akan ada sahaja keputusan yang pasti mencetuskan kemarahan dikalangan peminat Arsenal.
Dan perlawanan malam tadi, beliau sekali lagi mencetuskan kemarahan peminat dan penyokong Arsenal apabila menghadiahkan penalti pada lewat perlawanan (minit ke-88) setelah bola terkena tangan pemain pertahanan Arsenal, Calum Chambers.
Insiden dimana bola terkena tangan Chambers yang menyebabkan M.Dean menghadiahkan penalti kepada West Brom di minit ke 88. |
Keputusan Mike Dean itu bukan sahaja mencetuskan kemarahan dan pertikaian daripada pemain-pemain Arsenal malahan penyokong dan peminat Arsenal turut mempertikaikan keputusan beliau menghadiahkan penalti tersebut.
Antara 'ball to hand' dan 'hand to ball' adalah situasi berbeza. Dan pada inisden itu jelas menunjukkan dimana ianya adalah 'ball to hand' dan bukannya dilakukan (dihalang) oleh Chambers menggunakan tangan untuk menjadikan situasi 'hand to ball'.
Insiden ini juga mendapat reaksi pundit Sky Sports, Jamie Redknapp dan Ray Parlour yang turut mempertikaikan keputusan Mike Dean itu.
Mike Dean decision to award West Brom penalty was 'awful' and 'horrendous' say Super Sunday pundits. - Sky Sports
Malahan bekas pengadil, Dermot Gallagher turut bersetuju bahawa Mike Dean tidak sepatutnya menghadiahkan penalti kepada West Brom pada perlawanan tersebut.
It wasn't a penalty for me. I think the player is too close. When Mike (Dean) looks down the line, he sees a slight movement of the arm, but I don't think he's aware that that movement is just him getting his balance. He's taken that as he's moved his arm towards the ball, but for me it's too close and it wasn't a penalty. - Dermot Gallagher
Wenger berang terhadap keputusan yang dilakukan Dean. |
MIKE DEAN MOHON MAAF?
I'm not a great lip reader but this looks like Mike Dean saying sorry to Arsene Wenger numerous times 60 seconds after WBA scored their pen. Shocking really! Another game decided by a bad refereeing decision, video ref will be a revelation when it eventually happpens. pic.twitter.com/XrA2geccKd— Mick Clinton (@MitchyB83) December 31, 2017
Seorang peminat Arsenal telah memuatnaik status dimana beliau mendakwa Mike Dean seoalah-olah meminta maaf kepada Wenger mengenai keputusan penalti tersebut.
“I'm not a great lip reader but this looks like Mike Dean saying sorry to Arsene Wenger numerous times 60 seconds after WBA scored their pen. Shocking really!”
Wenger pada sidang media selepas perlawanan meluahkan kekecewaan beliau mengenai standard pengadil di Liga Perdana Inggeris tanpa menyentuh mengenai hasil perbualan beliau bersama Mike Dean (merujuk kepada tweet diatas).
I think many years ago Mike Dean and myself fought hard for referees to become professional and they do a good job but don’t work enough. But we have a very difficult schedule and I believe we fought hard to win the game but didn’t because of a bad decision. He (Dean) didn’t see it. There was a player in front of him. That’s why I questioned his decision, he didn’t see it. - Arsene Wenger