Thomas Lemar sedia untuk beralih ke Liga Perdana

Pemain yang menjadi sasaran Arsenal diawal musim ini, Thomas Lemar dikatakan sedia beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Dan pendedahan itu dikatakan menarik minat dua kelab yang pernah dikaitkan dengan pemain kelab Monaco sebelum ini, Arsenal dan Liverpool.



Perkembangan menarik ini sudah pasti menggembirakan peminat dan penyokong Arsenal dimana menurut laporan  L'Equipe,  hanya tawaran daripada kelab The Gunners sahaja yang diterima oleh Monaco bagi mereka melepaskan pemain tersebut -  €100juta (£88juta) jumlah yang ditawarkan Arsenal dan dipersetujui oleh Monaco.

Namun perpindahan tersebut gagal menemui jalan penyelesaian apabila rundingan bersama pemain tersebut gagal membuahkan hasil ekoran masa yang terlalu singkat (minit akhir perpindahan ditutup).

Dalam pendedahan terkini, pemain tersebut dikatakan sedia mengikuti jejak langkah bekas rakan sepasukan beliau Bernardo Silva dan Tiemoue Bakayoko untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Dan Liverpool, walaupun tawaran mereka sebelum ini (bagi mendapatkan Lemar) ditolak Monaco, namun situasi mereka yang bergelut untuk mengekalkan Philippe Coutinho (yang dikaitkan dengan perpindahan menyertai Barcelona) mungkin melakukan sekali lagi cubaan untuk mendapatkan Lemar yang dilihat sebagai pengganti sesuai buat kekosongan yang bakal ditinggalkan Coutinho (andai kata perpindahan terjadi).

Coutinho sebelum ini telah membuat permintaan kepada Liverpool untuk melepaskan beliau (transfer request) dan menurut laporan, Liverpool telah membuat tawaran (bidaan) kali pertama pada 28 Ogos 2017 kepada Monaco bagi mendapatkan Lemar namun tawaran tersebut ditolak Monaco dan semenjak itu, pihak Liverpool dilaporkan telah melakukan beberapa bidaan bagi menepati harga yang sesuai dalam rundingan harga yang mampu memuaskan Monaco.

Namun jumlah tawaran tersebut gagal menepati harga yang mampu mengubah fikiran Monaco selain tawaran daripada Arsenal.

Selain Liverpool dan Arsenal, Chelsea turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap dan juga penyerang tengah Monaco ini.

Sebelum ini, Arsenal dilaporkan mahu mendapatkan Lemar bagi menggantikan Alexis Sanchez yang dilaporkan bakal menyertai Manchester City. Namun kegagalan rundingan bersama Lemar menyebabkan perpindahan Sanchez itu tidak menjadi kenyataan walaupun tawaran daripada City dilaporkan telah dipersetujui oleh Arsenal.

Selain itu, perkembangan Julian Draxler yang dikatakan mendapat restu Paris Saint-Germain (PSG) untuk berhijrah turut mendapat perhatian dengan nilai perpindahan jauh lebih rendah berbanding nilai Lemar.

Post a Comment

Previous Post Next Post