Everton telah  melakukan kesilapan besar pada produk rasmi terbaru mereka.

Kesilapan dalam mencetak gambar pada  T-Shirt yang dijual pada kedai rasmi mereka mencetuskan kekecohan lebih-lebih lagi gambar yang dicetak pada T-Shirt tersebut merupakan gambar penyokong kelab bermusuhan dengan mereka, Liverpool.


Walaupun T-Shirt tersebut tidak lagi berada pada laman rasmi Everton, namun pengguna Twitter sempat 'merakamkan' gambar T-Shirt tersebut yang akhirnya 'memeriahkan' dunia Twitter.

T-Shirt keluaran rasmi terbaru Everton yang memaparkan gambar penyokong Liverpool.
Menurut laporan Metro, gambar penyokong yang dicetak pada T-Shirt keluaran rasmi Everton itu adalah gambar penyokong Liverpool ketika perlawanan kelab musuh mereka menentang Leeds United di Anfield pada Mei 1969.

Penyokong Liverpool ketika menentang Leeds United pada tahun 1969
Dan kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh penyokong Liverpool dengan 'kicauan' di laman Twitter. 


Namun bagi penyokong Everton pula, mereka mendakwa ianya adalah berita palsu yang di pasarkan pada laman one8one.

Post a Comment

Previous Post Next Post