Siapa Konstantinos Mavropanos?

FOX Australia mendedahkan dimana mereka telah menghubungi juornalis bolasepak Greece, George Tsitsonis daripada AGONASport bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bakat muda yang baru ditandatangani Arsenal, Konstantinos Mavropanos.

Mavropanos, 20 tahun sah menjadi milik Arsenal dengan nilai perpindahan sekitar £2juta dan pemain muda ini bakal dipinjamkan untuk baki musim ini.



Werder Bremen dilaporkan antara kelab yang berminat untuk mendapatkan pemain ini (secara pinjaman).

Dan pembelian ini merupakan pembelian pertama Arsenal semenjak kemasukan 'Head of Recruitment', Sven Mislintat daripada Borussia Dortmund.

Dipercayai juga dimana pemain ini, Mavropanos telah lama berada didalam radar Mislintat yang ketika itu masih bersama Dortmund.

Mavropanos merupakan pertahanan tengah yang mana sebelum ini bermain bersama kelab Greece, PAS Giannina.



Menurut laporan itu, Mavropanos sangat dihormati di Greece kerana beliau adalah seorang pemain muda yang mempunyai potensi besar dan dianggap sebagai salah seorang pemain muda yang perlu diberi perhatian dalam sejarah Greece.

Bakat dan potensi beliau boleh disamakan dengan pemain Bayer Leverkusen, Panagiotis Retsos (19 tahun) yang menyertai kelab Jerman itu daripada Olympiacos yang mana perpindahan tersebut telah memecahkan rekod perpindahan pemain Greece musim lalu dengan nilai sekitar £15.75 juta.

Panagiotis Retsos, (19 tahun) pemain pertahanan Bayern Leverkusen berasal daripada Greece.
Mavropanos merupakan salah seorang pemain pertahanan terbaik liga (Superleague Greece) musim ini dan berjaya menarik minat  Olympiakos dan AEK Athens.

Dan ianya amat mengejutkan apabila Arsenal cukup berminat terhadap pemain ini sehinggakan berjaya menandatangani Mavropanos walaupun kurang dikenali jika dibandingkan dengan Retsos.

Retsos menurut George Tsitsonis, lebih terkenal dan menjadi perhatian kelab-kelab Eropah lain pada musim lalu serta memiliki pengalaman yang lebih banyak berbanding Mavropanos.

Bakat yang ada pada Retsos cukup mengagumkan dimana pada usia 19 tahun telah berjaya mewakili skuad senior (kebangsaan) Greece dengan empat penampilan setakat ini.

Namun bakat Mavropanos menurut George Tsitsonis juga hampir sama dengan Retsos walaupun Mavropanos ketika ini hanya mewakili skuad U21 Greece dengan dua penampilan.

KEKUATAN

Dengan kekutatan fizikal yang ada pada Mavropanos, Tsitsonis percaya bawah pemain ini mampu menyesuaikan diri dengan corak permainan Liga Perdana Inggeris yang terkenal dengan permainan fizikal.

Kelebihan dan kekuatan Mavropanos yang lain menurut Tsitsonis adalah kebolehan beliau untuk memenangi bola serta kelebihan dalam perebutan bola di udara selain permainan dynamic beliau.

Untuk rekod, pemain ini mempunyai ketinggian 6 kaki 4 inci (193.04 cm) dan berjaya menjaringkan tiga gol dalam aksi liga Greece musim ini disamping satu bantuan gol berjaya dihasilkan beliau untuk pasukan PAS Giannina bagi kesemua kejohanan. 

Menariknya, ketiga-tga gol dan bantuan gol beliau dihasilkan melalui tandukan. Rujuk video dibawah untuk bantuan gol yang dihasilkan beliau:



Mavropanos juga merupakan pemain yang rajin serta sentiasa meningkatkan kualiti permainan beliau dari tahun ke tahun dan jarang melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan kerugian kepada pasukan.


Mavropanos is an extremely hard worker who has improved at every stage of his career. He is considered a humble, down-to-earth player who is very coachable. Even as a young player, he displayed strong character and showed a willingness to be a leader on the pitch. - George Tsitsonis

KELEMAHAN

Menurut wartawan sukan bolasepak Greece itu lagi, Mavropanos bukanlah pemain yang teruk cuma beliau berharap pemain ini mampu mempertingkatkan kualiti hantaran dan kawalan bola apabila beraksi didalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Beliau turut menjelaskan dimana pemain ini harus bijak dan cepat menyesuaikan diri dengan tempo pemainan Liga Inggeris yang laju serta jauh berbeza dengan Liga Greece.

MASA DEPAN MAVROPANOS 

Dan beliau percaya bahawa Mavropanos mampu menjadi atau mengikut jejak langkah pemain Greece yang lain (ternama) seperti Sokratis Papastathopoulos yang kini beraksi bersama Borussia Dortmund dan Kostas Manolas bersama AS Roma.

REKOD PENAMPILAN 2017/18 BERSAMA PAS

SAINGAN PENAMPILAN GOL BANTUAN GOL KAD KUNING MINIT PERMAINAN
Super League 14 3 - 6 1260'
Kypello Elladas 2 - 1 - 99'
JUMLAH 16 3 1 6 1359'

#COYG #WeAreTheArsenal

Post a Comment

Previous Post Next Post