Ozil masih belum buat keputusan.

Mesut Ozil dilaporkan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai kontrak beliau bersama Arsenal.

Pemain kebangsaan Jerman ini dikatakan menjadi sasaran beberapa kelab Eropah dan juga kelab Inggeris memandangkan beliau kini mampu menandatangani pra-kontrak bersama kelab lain berikutan kontrak beliau bersama Arsenal bakal berakhir dipenghujung musim ini.



Menurut laporan GOAL, Arsenal telah berunding dengan wakil pemain tersebut bulan lalu mengenai penyambungan kontrak pemain kebangsaan Jerman ini.

Sebelum ini, rundingan kontrak Ozil pada Febuari lalu terpaksa ditangguhkan memandangkan masa depan Arsene Wenger bersama Arsenal juga masih samar dengan kontrak Wenger yang tamat dipenghujung musim lalu (sebelum Wenger menyambung kontrak selama dua tahun lagi).

Keputusan Wenger untuk melewat-lewatkan keputusan menandatangani kontrak beliau banyak mempengaruhi pemain-pemain Arsenal.
Walaupun Wenger telah menyambung kontrak beliau bersama Arsenal pada penghujung Mei tahun lalu, namun rundingan kontrak Ozil semenjak itu 'tergendala' dengan tiada sebarang tindakan ataupun rundingan dilakukan - tidak diteruskan setelah tertangguh pada Febuari 2017.

Arsenal dilaporkan tidak membuat sebarang tawaran baru (secara rasmi) kepada wakil Ozil sehinggalah Disember lalu yang mana rundingan ini tertangguh hampir 10 bulan.

Dan difahamkan sehingga kini, Ozil masih belum membuat sebarang keputusan mengenai tawaran terbaru yang dibuat oleh Arsenal ini.

Manakala Arsenal dilihat begitu yakin bahawa Ozil tidak akan menandatangani mana-mana pra-kontrak bersama bersama pasukan lain selain yakin bahawa Ozil bakal kekal bersama Arsenal dengan menandatangani kontrak baru.

Barcelona, Paris Saint-Germain dan Manchester United, maing-masing menunjuk minat yang tinggi bagi mendapatkan Ozil yang telah menjaringkan empat gol dan lima bantuan goal dalam 17 penampilan liga musim ini.


Menurut laporan itu juga, Ozil dikatakan telah membeli sebuah rumah baru di London dan menikmati kehidupan bersama rakan rapat beliau daripada Turki dan Jerman.

Dan Ozil ketika ditanya pada sesi soal jawab bersama Junior Gunners, mengenai perpindahan beliau menyertai Arsenal daripada Real Madrid pada tahun 2014, beliau menjelaskan :

"Because of the history and the amazing players. I'm here to learn, to grow up and to show my talent for this club."


Post a Comment

Previous Post Next Post