Berikut adalah empat perlawanan yang mana melibatkan Arsenal dan jumlah layangan kad yang diterima bagi kedua-dua pasukan terlibat.
Tarikh | Home | Keputusan Perlawanan | Away | Kad Merah | Kad Merah (2x Kad Kuning) | Kad Kuning | Mata Disiplin |
---|---|---|---|---|---|---|---|
16.09.1995 | Arsenal FC | 1:0 | West Ham United | 2 | 0 | 6 | 12 |
07.11.1999 | Tottenham Hotspur | 2:1 | Arsenal FC | 1 | 1 | 9 | 14 |
13.08.2011 | Newcastle United | 0:0 | Arsenal FC | 1 | 0 | 8 | 11 |
13.01.2013 | Arsenal FC | 0:2 | Manchester City | 2 | 0 | 6 | 12 |
Mata disiplin dikira: Kad Merah = 3, Kad Merah (2x Kad Kuning) = 2, Kad Kuning = 1 |
Arsenal vs West Ham (1995)
Tahun 1995, Arsenal menerima kunjungan West Ham di Highbury pada 16 September dan Arsenal ketika itu dikendalikan oleh Bruce Rioch selaku pengurus pasukan manakala West Ham ketika itu pula dikendalikan oleh Harry Redknapp.
![]() |
Pengurus Arsenal, Bruce Rioch |
Perlawanan berkesudahan Arsenal berjaya menewaskan West Ham 1-0 dan gol kemenangan Arsenal dijaringkan oleh lagenda Arsenal kini, Ian Wright pada minit ke-75 menerusi sepakan penalti.
Arsenal:

➧ Faxe Jensen

➧ Ray Parlour

West Ham:
➧ Luděk Mikloško 
➧ Julian Dicks

➧ Steve Potts

➧ Don Hutchison

➧ Iain Dowie

Tottenham Hotspur vs Arsenal (1999)
Perlawanan yang mencatatkan mata disiplin paling tinggi (teruk) melibatkan Arsenal apabila sembilan kad kuning dan dua kad merah (satu daripadanya hasil daripada dua kad kuning).
Jika perlawanan menentang West Ham, Arsenal hanya dilayangkan tiga kad kuning dan West Ham pula menerima layangan kad terbanyak, namun pada perlawanan ini ianya adalah sebaliknya.
Kali ini Arsenal menjadi mangsa pengadil yang melayangkan lima kad kuning, satu kad merah (straight red card) dan satu kad merah (dua kad kuning).

➧ Martin Keown

➧ Patrick Vieira

➧ Freddie Ljungberg

➧ Emmanuel Petit

➧ Dennis Bergkamp

➧ Davor Šuker

Perlawanan berkesudahan Spurs berjaya menewaskan Arsenal 2-1 dan Vieira merupakan penjaring gol tunggal buat Arsenal.
Manakala gol Spurs dijaringkan oleh Steffen Iversen dan Tim Sherwood dan Spurs menerima empat kad kuning.

➧ Justin Edinburgh

➧ Øyvind Leonhardsen

➧ Stephen Clemence

David Elleray pengadil perlawanan diantara Spurs menentang Arsenal. |
Newcastle United vs Arsenal (2011)
Walaupun perlawanan ini berkesudahan seri tanpa jaringan, namun jumlah layangan kad juga tinggi dengan lapan kad kuning dan satu kad merah dilayangkan.
Arsenal sekali lagi menerima nasib malang apabila enam pemain dihukum dengan lima kad kuning dan satu kad merah.

➧ Thomas Vermaelen

➧ Kieran Gibbs

➧ Tomáš Rosický

➧ Alex Song

➧ Gervinho

Manakala Newcastle hanya menerima tiga kad kuning bagi pemain mereka.

➧ Joey Barton

➧ Cheick Tioté

Peter Walton pengadil perlawanan diantara Newcastle menentang Arsenal. |
Arsenal vs Manchester City (2013)
Perlawanan ditempat sendiri yang menyaksikan Arsenal tewas kepada City dengan jaringan 2-0 sambil menyaksikan pemain daripada kedua-dua belah pasukan menerima kad merah.
Arsenal terpaksa bermain dengan 10 pemain seawal minit ke-10 selepas Laurent Koscielny dilayangkan kad merah
pada minit ke-9 perlawanan.

Manakala City pula beraksi dengan 10 pemain memasuki minit ke-76 apabila Vincent Kompany dilayangkan kad merah
pada minit ke-75.

Namun perlawanan ini menyaksikan pemain City lebih ramai menerima kad kuning berbanding Arsenal.
Arsenal:
➧ Thomas Vermaelen

➧ Jack Wilshere

Manchester City:
➧ Gaël Clichy

➧ James Milner

➧ Javi García

➧ Gareth Barry

![]() |
Pengadil perlawanan, Mike Dean. |